Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

5 sebab mengapa perlu kahwin muda



Perkahwinan yang terlalu awal di usia muda terlalu banyak cabaran dan dugaannya. Ramai yang takut, tidak bersetuju, memandang serong dan pelbagai tanggapan dilemparkan namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya. Jom kita bersama-sama mengimbas dan merungkai antara 5 sebab mengapa perlu kahwin muda.

1. Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi.

Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila kita di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

2. Mengelak Dari Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu?

Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

Secara beransur-ansur sifat bertanggungjawab itu terbina di dalam diri individu terbabit. Bukankah itu sesuatu yang patut di banggakan dan di jadikan tauladan?

4. Hubungan Seks Yang Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat usia/umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat?

Kaum hawa juga perlu berwaspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi peranakan yang mungkin akan meragut nyawa anda ataupun anak di dalam kandungan anda.

Selain itu, kaun hawa juga mungkin ada setengahnya yang sudah masuk ke alam monopous. Namun, segalanya di tangan tuhan yang maha Esa.

5. Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kesempitan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu muncul di kotak fikiran.

Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh dan mampu ditanggung oleh mereka.

Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesusahan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Fahrin Ahmad, Elena Hani Aleas Sah Bergelar Suami Isteri



Dengan sekali lafaz, pelakon Fahrin Ahamd, 36, sah bergelar suami kepada pasangannya Elena Hani Aleas, 36, pada jam 10.40 pagi tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Shariman Ali Pitchay bertempat di Darby Convention Center dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Elena Hani Aleas merupakan ketua pramugari syarikat penerbangan antarabangsa Emirates Airlines.

Pernikahan tersebut sekaligus merupakan jawapan tanda tanda mengenai siapakah gerangan wanita yang bertahta di hati aktor tersebut.

Fahrin dan Elena memutuskan untuk berkahwin selepas menjalani hubungan cinta kurang daripada satu tahun.

Pelakon filem Pilot Café itu memilih 9 Mei sebagai tarikh pernikahannya sempena dengan tarikh ulang tahunnya yang ke-36.

Terdahulu, Fahrin telah mengumumkan tarikh pernikahannya melalui satu sidang media mengejut yang diadakan pada Selasa.

Sumber : AstroGempak

Ini Foto & Video Pertama Pernikahan Siti Elizad Yang Menjadi Rahsia Selama 3 Bulan

Bila sebut je nama Siti Elizad, pasti ramai yang terus teringat drama meletop baru-baru ini iaitu Teman Lelaki Upahan kan?



Malah, kalau anda memang pengikut setia drama itu, boleh dikatakan bahawa kisah pernikahan secara tertutup yang dilakukan oleh Elizad ini bagai sinonim dengan bait lagu ‘Rahsia’.

Kekasihku…
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini


Foto & Video Pernikahan Siti Elizad & Shamsul



Siti Elizad tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman

Selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.

“Saya memohon maaf kerana berahsia mengenai majlis pernikahan kami itu. Semuanya kerana menghormati permintaan keluarga terutama bapa yang kurang sihat dan uzur serta meminta supaya majlis pernikahan hanya untuk ahli keluarga terdekat saja.
Bapa saya tidak selesa dikerumuni ramai orang kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.”  – Sumber My Metro

Apapun, kami mendoakan agar Elizad dan suami akan berbahagia sehingga akhir hayat. Tak sabar rasanya nak tengok foto resepsi mereka yang dijadualkan akan berlangsung hari ini. Tunggu!

Sumber : OhBulan

Gambar persandingan anak perempuan DS Najib seperti di dalam taman



Gambar dan rakaman video majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tersebar di laman sosial selepas hampir seminggu ia berlangsung.

Tindakan itu sekaligus mengingkari arahan yang tertera pada kad jemputan yang melarang sebarang bentuk rakaman ketika majlis meraikan detik bersejarah, Nooryana Najwa Najib dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev diadakan. “Pada hari yang berbahagia ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran anda bagi meraikan percintaan dan permulaan kehidupan baharu kami bersama.


“Sebagai memelihara semangat keperibadian majlis ini, adalah sangat dihargai jika anda tidak memuat naik sebarang gambar atau video dari majlis ini ke Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana laman sosial yang lain. “Kerjasama dan keperihatinan anda sangat dihargai,” antara petikan yang terkandung dalam kad jemputan yang diedarkan kepada para tetamu jemputan. Salah seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Nurul Ashikin telah memuat naik lima keping gambar dalam majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), 28 Mac lalu.

Salah satu darinya menunjukkan kek perkhawinan setinggi empat tingkat berwarna putih yang dihiasi dengan bunga pelbagai warna. Malah, saiznya juga mengkagumkan sehingga melebihi ketinggian pasangan pengantin berkenaan. Sebelum ini, personaliti televisyen wanita Filipina, Kris Aquino telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya yang mendedahkan bahawa pasangan mempelai telah melarang gambar hari bahagia mereka didedahkan untuk tatapan masyarakat umum.






Sharifah Sakinah dan Alif Adha Selamat Diijabkabul



Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Sharifah Sakinah dan Aliff Adha sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis yang diadakan di taman Hotel Shangri-La, Putrajaya pada jam 5.56 petang sebentar tadi.

Dinikahkan oleh ayah Sakinah, Syed Abu Bakar, Sakinah kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen terkemuka Nurita Harith.

Diacarakan oleh Sharifah Shahirah, kakak kepada Sakinah itu menjemput rombongan lelaki masuk ke ruang pernikahan terlebih dahulu sebelum memberi laluan kepada rombongan sebelah perempuan.

Sementara menunggu kedua-dua mempelai disatukan, tetamu didendangkan dengan bacaan selawat oleh kumpulan Al-Maulid Sri Haqqani.

Sebaik sahaja tetamu mengambil tempat masing-masing, Aliff berjalan ke tengah-tengah kawasan taman dan duduk di meja pernikahan berhadapan dengan ayah Sakinah dan Ustaz Fairuz Suhari dan saksi.

Diiringi dengan dulang girls yang membawa hantaran, Sakinah kemudian dijemput untuk duduk di atas pelamin yang direka khas oleh Adi Putra Décor menggunakan konsep taman.

Pada majlis tersebut, Sakinah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki. Uniknya, kesemua tujuh dulang itu mengandungi tujuh pasang kasut berjenama Adidas dengan rekaan yang berbeza.

Manakala, Sakinah membalas sebanyak sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Majlis diteruskan dengan lafaz akad yang disempurnakan oleh ayah Sakinah. Setelah selesai, bacaan doa diketuai oleh Ustaz Fairuz Suhari.

Kemudian, Aliff dijemput ke pelamin untuk upacara batal air sembahyang sambil menyarungkan cincin ke jari Sakinah. Dalam masa yang sama, Sakinah turut menyarung cincin ke jari Aliff.



Ditanya mengenai perasaan masing-masing, Sakinah berkata,

"Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya berasa gembira kerana akhirnya bergelar isteri kepada Aliff, lebih-lebih lagi apabila ayah saya sendiri yang menikahkan saya," katanya.

Sementara itu Aliff pula berkata,

“Saya rasa bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Terima kasih kepada keluarga dan keluarga mertua yang hadir pada petang ini,” ujarnya.

Menginspirasikan tema ala taman (garden wedding), kedua-dua mempelai dan tetamu yang hadir mengenakan busana berona putih. Tetamu turut disediakan dengan sekaki payung jernih dan kipas tangan yang juga berwarna putih.

Keluarga terdekat Sakinah yang hadir, Puan Sharifah Zubaidah (ibu), Syed Abu Bakar (bapa), Sharifah Shahira (kakak) dan Lynn Al-Khaired (kakak) dan suami, Datuk Seri Ryzal Merican.

Keluarga terdekat Aliff yang hadir, Laksmana Madya Datuk Jamil Osman (bapa) dan Datin Rodzi Abdullah (ibu) serta ahli keluarga yang lain.

Juga memeriahkan majlis pernikahan tersebut rakan-rakan artis yang turut bertindak sebagai 'dulang girls'. Mereka adalah Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shila.

Sarimah Gementar Kahwin, Teruja Bergelar Ibu



Kurang dua minggu lagi pengacara dan selebriti popular, Sarimah Ibrahim akan kembali bergelar isteri.

Seperti bakal pengantin lain, perasaan teruja, gembira bercampur gementar dirasai wanita berusia 37 tahun ini.

Namun, perkahwinan kali keduanya ini membuatkan dia berasa lebih berdebar kerana majlis hari bahagianya itu akan diadakan dengan penuh adat dan protokol.

"Alhamdulillah lagi 14 hari. Berdebar tetapi persiapan sudah 90 peratus siap.

"Saya sendiri secara peribadi sudah bersedia. Cuma kali ini majlis penuh protokol, jadi saya rasa lebih gementar," katanya kepada media tempatan ketika ditemui pada sidang media khas pengumumannya sebagai pengantara baharu program bual bicara Bella, di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Sarimah bakal melangsungkan perkahwinan dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie) pada 2 April ini dalam sebuah majlis yang akan diadakan di Hotel Prince, Kuala Lumpur.


Pasangan ini bertunang pada 27 September tahun lalu selepas perkenalan selama sembilan bulan.

Terdahulu, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Kini Kau Tiada ini pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah pada 2006 tetapi bercerai pada penghujung Disember 2008.

Jamie pula yang berstatus duda tanpa anak juga pernah berkahwin dan sudah bergelar solo ketika bertemu selebriti berkenaan 13 bulan lalu.

Dalam pada itu, Sarimah menayatakan dia masih lagi dalam proses belajar menyesuaikan diri menjadi sebahagian daripada keluarga dalam kalangan kerabat Diraja.

Mujur dia tidak terlalu kekok melalui rutin protokol kerana cara itu bukan sesuatu yang terlalu luar biasa padanya.

"Setakat ini, saya okay dengan semua keluarga dia (Jamie). Sebenarnya, selama jadi pengacara saya seringkali terlibat dengan majlis protokol dan kita sudah faham tentang tatatertib iaitu apa yang boleh serta apa yang tidak boleh.

"Namun, sebenarnya apabila saya bersama dengan keluarganya seperti di rumah dan mereka menjalani kehidupan macam biasa.

"Cuma, pada majlis tertentu dan di hadapan khalayak saja kami perlu ikut protokol. Apabila di rumah, tiada protokol tetapi masih ada garis panduan yang perlu dipatuhi

"Mula-mula itu saya takutjika buat silap semasa bercakap atau berada dalam kalangan mereka.

"Bakal suami banyak ajar saya cara untuk bergaul dengan mereka. Kalau ada yang tidak betul, dia akan tegur dan tunjukan cara yang betul," katanya yang juga mendedahkan kini banyak membaca buku-buku tentang keibubapaan sebagai persediaan bergelar ibu, kelak.

Jamie Tak Boleh Berahsia

Memandangkan ini perkahwianan keduanya, Sarimah menyatakan pengalaman lalu juga banyak mengajarnya sekaligus menjadikan dia sekarang lebih matang dan tahu menguruskan kehidupan.

Malah, mereka juga berpengang pada prinsip tidak boleh berahsia.

"Kami berdua pernah ada pengalaman berkahwin sebelum ini. Pengalaman lalu buat saya lebih matang.

"Saya dengan dia selalu berbincang tentang kehidupan dan bagaiamana untuk kami lalui masa-masa akan datang. Sejujurnya, saya ada rasa takut dan bimbang terhadap pengalaman lalu.

"Seperkara yang saya belajar dari kesilapan lalu ialah perlu berwaspada tetapi kalau kita terlalu berwaspada, kita akan menghalang orang lain kenal diri kita.

"Begitu juga kalau kita tidak berwaspada, mungkin dalam kita tidak sedar sehingga akan dilukai.

"Jadi, saya dan bakal suami memengang pada prinsip tidak boleh ada rahsia antara kami. Jamie susah hendak bercakap dan lebih banyak berdiam.

"Apabila saya bertanya dan dia menjawab, ia membuatkan kami lagi saling memahami," katanya sambil berharap perkahwinan kali ini berkekalan selamanya.