5 sebab mengapa perlu kahwin muda



Perkahwinan yang terlalu awal di usia muda terlalu banyak cabaran dan dugaannya. Ramai yang takut, tidak bersetuju, memandang serong dan pelbagai tanggapan dilemparkan namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya. Jom kita bersama-sama mengimbas dan merungkai antara 5 sebab mengapa perlu kahwin muda.

1. Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi.

Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila kita di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

2. Mengelak Dari Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu?

Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

Secara beransur-ansur sifat bertanggungjawab itu terbina di dalam diri individu terbabit. Bukankah itu sesuatu yang patut di banggakan dan di jadikan tauladan?

4. Hubungan Seks Yang Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat usia/umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat?

Kaum hawa juga perlu berwaspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi peranakan yang mungkin akan meragut nyawa anda ataupun anak di dalam kandungan anda.

Selain itu, kaun hawa juga mungkin ada setengahnya yang sudah masuk ke alam monopous. Namun, segalanya di tangan tuhan yang maha Esa.

5. Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kesempitan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu muncul di kotak fikiran.

Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh dan mampu ditanggung oleh mereka.

Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesusahan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »