Anggota polis cedera parah terkena tembakan



KUALA LUMPUR 29 Julai - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan cedera parah selepas terkena tembakan yang tidak disengajakan oleh anggota lain ketika mengosongkan senjata api dalam kejadian di Balai Polis Bandar Kinrara, dekat sini hari ini.

Mangsa dikatakan sedang membaiki kereta peronda polis (MPV) sebelum terbaring tidak sedarkan diri akibat terkena tembakan dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu.
Difahamkan, mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut

Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »