Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum.
Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1. Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama.
Sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2. Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.
Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3. Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan.
Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4. Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi.
Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme.
Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5. Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat.
Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.