Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

anak anda mempunyai Dua Pusar? WAJIB BACA!



Ada anak yang mempunyai Dua Pusar?

Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.
Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal, susah diurus, sukar difahami, dan agak degil. Anak admin yang sulung mempunyai dua pusar.

Memang sebegitulah sifat nya, tambahan lagi petah bercakap, banyak bertanya, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik pening melayannya. Namun begitu mudah diuruskan jika kena gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk

Menurut Dato' Fadzilah Kamsah , sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya banyak akal, banyak idea, dan bijak.

Anda mempunyai anak yang dua pusar rambut? Sharekan dengan admin di sini pengalaman anda..

INI DIA SEBAB RASULLULLAH LARANG SUAMI BALIK LEWAT MALAM TERUS TIDURI ISTERI



Bagi anda yang beristeri terutama kaum muslimin, pesan Rasulullah sekaligus adab dalam musafir adalah, janganlah seorang laki–laki pulang mendatangi isterinya di malam hari. Mengapa?

Dalam kitab Al Ishabah, Ibnu Hajar Al Asqalani menceritakan asbabul wurud hadis yang melarang pulang safar di malam hari.Telah beberapa hari sahabat itu musafir. Dan malam ini, ia pulang ke Madinah dan terus menemui isterinya. Betapa terkejut dirinya, ternyata ada seseorang yang bertubuh tinggi besar tidur di sebelah isterinya.

Ia terus mencabut pedang dan berniat menetak orang itu. Nasib baik, ia terlebih dulu mencolek isterinya dengan pedang tersebut dan bertanya, “Siapa orang ini?“Ini Fulanah, si tukang sikat. Ia tadi mendandaniku dan kerana terlambat pulang, ia bermalam di sini, “jawab si isteri.

Alhamdulillah … hampir sahaja ia melakukan kesalahan maut jika saja tidak bersabar dan terus menebaskan pedangnya ke orang tersebut, yang ternyata adalah perempuan tukang sikat. “

Paginya, selepas solat Subuh, sahabat ini menghadap Rasulullah dan menceritakan kisahnya semalam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda,
إِذَا دَخَلْتُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ طُرُوقاً
“Jika salah seorang dari kalian musafir, janganlah dia mendatangi isterinya di malam hari“ (HR. Ahmad)
Mengapa Rasulullah melarang seorang suami pulang safar menemui isterinya di malam hari? Dalam riwayat yang lain dinyatakan sebabnya.
إِذَا قَدِمَ أَحَدُكُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَهْلَهُ طُرُوقًا حَتَّى تَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ وَتَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ
“Jika salah seorang dari kalian datang pada malam hari maka janganlah dia mendatangi isterinya. (Berilah berita terlebih dahulu) agar wanita yang ditinggalkan suaminya mencukur bulu–bulu kemaluannya dan menyisir rambutnya “(HR. Muslim)

inilah sebabnya. Ketika ditinggalkan suaminya lama musafir, lalu tiba–tiba suaminya datang di malam hari, dikhuatiri isterinya tersebut tidak bersedia menyambutnya. Rambutnya masih rawak–acakan. Bulu–bulu rahsianya mungkin juga tidak dijaga rapi dan baunya sangat tidak sedap. Oleh itu menurut para ulama, seorang suami makruh pulang dari musafir secara tiba–tiba di malam hari,apalagi secara sembunyi–sembunyi. Kalaupun terpaksa pulang di malam hari, digalakkan untuk menyampaikan berita terlebih dulu.Imam An Nawawi ketika menerangkan hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim, beliau mengatakan bahawa larangan ini dikenakan bagi yang musafir lama dan datang secara tiba-tiba tanpa pemberitahuan. Bagi musafir yang sudah memberitahu dahulu, maka tidaktermasuk dalam larangan ini.

“Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari,” terang beliau, “maka pulang malam pun boleh. Begitu pula jika telah ada maklumat awal yang memberitahu ketibaan kepada isteri dan keluarganya, tidak mengapa. “
Imam Asy Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar bahawa hikmah larangannya musafir mendatangi isteri pada malam kerana kemungkinan dia mendapati isterinya yang tak sedar ketibaannya, sehingga dia tidak bersedia membersihkan diri dan bersolek.

 Mengapa suami perlu memberitahu ketibaan dan isteri perlu menyambutnya dengan bersih dan rapi? Demikianlah Islam mengatur sesuai fitrah manusia. Suami isteri yang tinggal berasingan kerana musafir tentu merasakan kerinduan dan berharap kehangatan kasih sayang antara keduanya. Islam pun mensunnahkan untuk mensegerakan berhubungan sekembalinya suami dari musafir. Tentuhal itu boleh berjalan dengan baik jika keduanya telah bersedia; bersih, harum, rapi.

Para sahabat dan sahabiyah sangat mengerti dengan sunnah ini. Itulah mengapa ketika Abu Thalhah pulang dari berjihad, Ummu Sulaim menyambutnya dengan hangat dan mengajaknya ke tempat tidur walaupun saat ini anaknya baru sahaja meninggal. Ummu Sulaim melupakan kesedihannya kehilangan anak dan tidak mahu suaminya terpikirkan berita duka itu hingga kehilangankeghairahannya. Justeru kerana kesabaran inilah, keesokan harinya Rasulullah mendoakan keberkatan bagi kedua-duanya

5 jenis minuman yang boleh mengurangkan berat badan



Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum.

Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.

1. Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama.

Sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.

2. Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan.

Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.

3. Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan.

Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.

4. Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi.

Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme.

Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.

5. Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat.

Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.

5 sebab mengapa perlu kahwin muda



Perkahwinan yang terlalu awal di usia muda terlalu banyak cabaran dan dugaannya. Ramai yang takut, tidak bersetuju, memandang serong dan pelbagai tanggapan dilemparkan namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya. Jom kita bersama-sama mengimbas dan merungkai antara 5 sebab mengapa perlu kahwin muda.

1. Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi.

Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila kita di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?

2. Mengelak Dari Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi.

Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu?

Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.

Secara beransur-ansur sifat bertanggungjawab itu terbina di dalam diri individu terbabit. Bukankah itu sesuatu yang patut di banggakan dan di jadikan tauladan?

4. Hubungan Seks Yang Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat usia/umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat?

Kaum hawa juga perlu berwaspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi peranakan yang mungkin akan meragut nyawa anda ataupun anak di dalam kandungan anda.

Selain itu, kaun hawa juga mungkin ada setengahnya yang sudah masuk ke alam monopous. Namun, segalanya di tangan tuhan yang maha Esa.

5. Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kesempitan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu muncul di kotak fikiran.

Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh dan mampu ditanggung oleh mereka.

Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesusahan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1)Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2)Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3)Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4)McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5)Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6)Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7)Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8)Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9)Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10)Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Tuala Wanita?



Pernahkah anda terfikir, siapa yang mencipta tuala wanita yang digunakan oleh kaum Hawa ketika 'lampu merah' tiba setiap bulan?



Menurut sejarah, kesedaran tentang perlunya tuala wanita mula wujud sejak zaman Mesir kuno.

Ketika itu, wanita menggunakan daun papirus yang dilembutkan dan dibentuk seperti tampon yang digunakan pada masa kini.

Pada zaman tamadun Yunani, golongan wanita mula menggunakan bahan-bahan seperti kapas, serat sayuran dan rumput kering yang dimasukkan ke dalam beg berbentuk seperti poket panjang kemudian diikat pada pangkal paha.

Sekitar tahun 1867, 'mentsrual cup' yang dimasukkan ke dalam beg kecil lalu diikat pada pinggang telah dicipta.

Waktu itu, hanya wanita golongan atasan sahaja yang mampu menggunakan 'mentsrual cup' kerana harganya yang mahal.

Bagi wanita golongan bawahan pula hanya menggunakan kain kecil yang boleh dibasuh dan digunakan semula.

Ciptaan tuala wanita pakai buang yang pertama berasal daripada kapas pembalut luka ciptaan Benjamin Franklin. Pada mulanya ia digunakan untuk menyelamatkan askar yang luka terkena tembakan.

Ia bukanlah 100 peratus dari kapas, sebaliknya dihasilkan menggunakan serbuk kayu pulpa yang dilunturkan sehingga menjadi warna putih.

Jururawat yang melihat bagaimana pembalut luka itu mampu menyerap darah dengan lebih bersih dan berkesan telah menggunakan kapas pembalut luka itu bagi dijadikan tuala wanita.

Pada tahun 1920, Kotex (gabungan nama antara 'cotton' dan 'texture') mula dipasarkan. Ia tuala wanita pakai buang yang pertama berada dipasaran dan menjadi perintis kepada kemunculan jenama lain selepasnya.

Ciptaan tuala wanita terus berinovasi daripada kapas, wool fiber sehinggalah gel untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya.

Kini, terdapat pelbagai jenis tuala wanita dipasaran dunia. Anda hanya perlu pilih, beli dan pakai.

Gambar Pengantin Perempuan ‘Belanja’ Jadi Viral



RIUH jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.

Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.

Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.

Bak kata seorang netizen yang beri komen pedas terhadap gambar itu. “Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja,” ulas seorang pengguna hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli.

Bukan niat kami untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini yang mungkin pernah berlaku adalah sebenarnya pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita semua bersama agar tidak berulang lagi.

Di dalam kaedah tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami.

Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.

Seperti mana gambar kombo ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz Don mengenai kedudukan sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri berdua sahaja, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.



Perkara ini turut dijelaskan lagi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi pertanyaan yang diajukan kepadanya mengenai kedudukan solat secara berjemaah antara suami dan isteri.



Semoga kita semua mendapat pengajaran bersama

Sumber : MyNewsHub

Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa



Hukum merasa makanan ketika puasa adalah Makruh bagi orang yang berpuasa. Hukum merasa makanan, minuman, ataupun ubat-ubatan tanpa ada sebarang keuzuran adalah makruh, kerana mendedahkan puasanya kepada batal.

Walau bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan merasakannya, bagi memastikan kesesuaiannya, di mana jika tidak berbuat demikian, seseorang isteri akan menerima nasib yang tidak baik seperti contoh, isteri yang mempunyai suami yang buruk akhlaknya, dan bimbang sekiranya makanan yang disediakannya tidak memuaskan suaminya dan akan terdedah kepada penderaan dan kemarahan oleh suaminya.

Begitu juga dengan tukang masak dan orang-orang yang seumpamanya. Tapi perlu di ingat, setelah merasa makanan tersebut, tidak boleh menelannya, sebaliknya hendaklah meludah semula supaya makanan tadi tidak bercampur dengan air liur.

Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa

Seperti kata-kata daripada ibnu Abbas r.a :

"Tidak mengapa bagi orang yang berpuasa untuk merasa makanan (bagi memastikan kesesuainnya).

Menelan Benda-Benda Yang Tidak Dapat Dielakkan Ketika Puasa

Hukum bagi menelan benda-benda yang tidak dapat dielakkan ketika puasa seperti air liur, debu di jalanan, debu tepung, kahak yang belum keluar daripada mulut dan seumpanya, tidaklah membatalkan puasa. Begitu juga sekiranya mencium bau-bau haruman.

Puasa juga tidak akan batal dengan sebab terasa manis dan bau kasturi kerana ianya bukanlah makanan. Puasa juga tidak batal selepas menelan air liur daripada berkumur-kumur, walaupun mampu untuk meludahnya keran sukar untuk berbuat demikian.

Menurut al-Syeikh al-Ramli, jika air liur seseorang bercampur dengan darah yang keluar daripada gusi, hendaklah dia meludahnya. Begitulah sedikit perkongsian daripada saya mengenai Hukum Merasa Makanan Ketika Puasa

10 Gunung Tertinggi di Dunia

Gunung Tertinggi di Dunia ini adalah Gunung Everest yang terletak di Pengunungan Himalaya dengan ketinggian sekitar 8.848 meter dari permukaan laut. Ketinggian ini menjadikan Gunung Everest yang berada di wilayah perbatasan Negara Nepal dan Tibet (Tiongkok) sebagai tujuan yang paling ingin ditaklukan oleh para pendaki gunung.



Gunung Tertinggi di Dunia Gunung Everest

Daftar 10 Gunung Tertinggi di Dunia

Dari daftar 10 Gunung Tertinggi di Dunia ini, 9 diantaranya berada di Pengunungan Himalaya yang mencakup wilayah Tiongkok, India, Nepal, Bhutan dan Pakistan.Semua Gunung-gunung tersebut berada di Benua Asia. Berikut ini daftar 10 Gunung tertinggi di Dunia beserta ketinggian, lokasi dan Pendaki pertama yang berhasil mencapai titik puncak Gunung tersebut.

1. Gunung Everest

Ketinggian           : 8.848 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal dan Tiongkok (Tibet)
Sebutan lain       : Sagarmatha /  Chomolungma
Penakluk Pertama : Tenzing dan Hillary (Tahun 1953)



2. Gunung Godwin Austen

Ketinggian           : 8.611 meter
Pengunungan     : Karakoram
Negara                : Pakistan dan Tiongkok (Xinjiang)
Sebutan lain       : K2 /  Qogir
Penakluk Pertama : Lino Lacedelli dan Achille Compagnoni (Tahun 1954)



3. Gunung Kangchenjunga

Ketinggian           : 8.586 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal dan India
Penakluk Pertama : Joe Brown dan George Band (Tahun 1955)



4. Gunung Lhotse

Ketinggian           : 8.516 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal dan Tiongkok (Tibet)
Penakluk Pertama : Fritz Luchsinger dan Ernst Reiss (Tahun 1956)



5. Gunung Makalu

Ketinggian           : 8.463 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal dan Tiongkok
Penakluk Pertama : Lionel Terray dan Jean Couzy (Tahun 1955)



6. Gunung Cho Oyu

Ketinggian           : 8.188 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal dan Tiongkok
Penakluk Pertama : Joseph Jöchler, Herbert Tichy dan Pasang Dawa Lama  (Tahun 1954)



7. Gunung Dhaulagiri

Ketinggian           : 8.167 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal
Penakluk Pertama : Kurt Diemberger, P. Diener, E. Forrer, A. Schelbert, Nyima Dorje Sherpa, Nawang Dorje Sherpa  (Tahun 1960)



8. Gunung Manaslu

Ketinggian           : 8.156 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal
Penakluk Pertama : Toshio Imanishi dan Gyaltsen Norbu (Tahun 1956)



9. Gunung Nanga Parbat

Ketinggian           : 8.126 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Pakistan
Penakluk Pertama : Hermann Buhl  (Tahun 1953)



10. Gunung Annapurna

Ketinggian           : 8.091 meter
Pengunungan     : Himalaya
Negara                : Nepal
Penakluk Pertama : Maurice Herzog dan Louis Lachenal (Tahun 1950)

Catatan :
– Yang dimaksud dengan Penakluk pertama adalah Pendaki Gunung yang berhasil mencapai titik puncak tertinggi pada Gunung yang bersangkutan.

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh Allah S.W.T



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1.     Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2.     Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.     Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4.     Orang lelaki yang melarikan diri.

5.     Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6.     Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7.     Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.     Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9.     Orang-orang yang suka makan riba’.

10.     Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”