Siapa tidak kenal dengan Lana Nordin yang digelar sebagai Pamela Anderson Malaysia suatu ketika dulu tetapi selepas itu digelar sebagai “Hantu Kopek” kerana rajin memaparkan imej yang seksi samaada dalam kehidupan peribadinya mahupun di dalam filem. Diakui, Lana Nordin seorang yang cantik lagi manis namun imej seksi yang dibawanya itu tidak disenangi banyak pihak terutama peminatnya. Mungkin itu sahaja ‘asset’ yang dia ada untuk terus mengekalkan nama di dalam industri hiburan penuh saingan ini.
Kebanyakkan gambar seksi Lana Nordin dikongsikan sendiri olehnya melalui Instagram bertujuan sebagai perkongsian aktivitinya bersama peminat. Malangnya perkongsian itu menjadi medan perang keyboard antara yang mengikuti Instagram artis itu. Ada yang suka dengan imej seksi terlebih Lana, ada yang marah, ada yang kecewa dan ada yang tak lekang memberi nasihat. Berdasarkan apa yang yang berlaku itu membuatkan Lana Nordin sebelum ini nekad menyekat lebih 10,000 followers’nya di Instagram.
Membaca satu artikel dari rakan media kami BeautifulNara, rasa terkesima pula dengan statement yang dikeluarkan si Lana Nordin ni.
“Saya sekat 10,000 peminat di laman Instagram kerana mereka selalu memberikan komen yang seperti sengaja nak mengaibkan saya. Saya dah penat bila nampak komen-komen negatif yang dilemparkan. Ada yang bagi komen dengan kata-kata lucah. Saya tak mahu lah instagram saya sewenang-wenangnya jadi medan golongan ini untuk mengutuk dan mengaibkan saya. Niat saya hanyalah berkongsi aktiviti saya dengan peminat. Bila saya privasikan akaun saya, mereka kata saya sombong. Tapi bila saya kongsi, mereka kutuk saya macam-macam.”
Menurut Lana Nordin lagi, dia tidak kisah apa orang nak komen cuma janganlah sampai mengaibkan di khalayak ramai. Jumpalah dia depan-depan dan tegur. Lana Nordin juga menyatakan kalau rasa berdosa melihat gambar-gambarnya, janganlah tengok. Tutup sahaja mata.
Tentang saya bersikap lantang pada peminat di Instagram tu, sebenarnya saya tak kisah pun orang nak komen. Nama pun laman sosial, jadi kita kenalah tahu macam mana nak bersosial. Kalau nak tegur tu boleh tapi janganlah sampai mengaibkan. Mak dan ayah saya pun kalau nak tegur salah saya, mereka akan panggil saya seorang dan bukan tegur saya depan adik – beradik saya.
Lagipun masa tu banyak komen yang lucah-lucah. Dan kalau saya diamkan tentu ianya berlarutan. Kalau tak suka, jangan lah follow saya. Kalau mereka rasa berdosa tengok gambar-gambar saya, jadi jangan lah tengok. Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang pelik-pelik.
Saya tak suka nak marah, marah. Cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Saya rasa dalam hal ini, bukan saya seorang saja artis yang yang bersuara lantang. Artis pun ada perasaan dan air muka, walaupun orang kata penampilan saya moden tapi kalau nak tegur tu, agak-agaklah. Jangan sampai memalukan orang.
Kepada Lana, sejujurnya tanpa imej yang seksi pun insyaAllah awak tetap diterima dalam bidang lakonan ini. Oleh kerana anda seorang public figure, tentulah ada pengikut dan menjadi ikutan. Pasti ramai kalau anda tampil dengan imej yang sopan. Tentu lebih dihargai oleh orang ramai sampai bila-bila. All the best untuk Lana Nordin!
Sumber: http://ohartis.com/