Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Kes Khalwat: Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Baharu Terhadap Putri Mardiana



Putri Mardiana sebelum ini merasa terkejut dan memberi seribu satu alasan apabila beliau dikenakan waran tangkap kerana gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah buat kali kedua untuk perbicaraan kes khalwat beliau bersama kekasihnya Ejump.

Kali ini, beliau tidak boleh lari lagi selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan Ejump kerana masih lagi berdegil dan tidak hadir pada sebutan kes khalwat mereka.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.


Keputusan tersebut dibuat oleh hakim selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIS yang ditugaskan untuk melaksanakan waran tangkap sebelum ini telah gagal dalam tanggungjawab yang diberi.

Pada masa yang sama, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap penjamin Putri Mardiana yang seharusnya hadir pada sebutan kes berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Putri Mardiana dan Ejump mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah kediaman di C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi tanggal 14 Disember 2014. Mereka kemudiannya, dibebaskan dengan ikat jamin RM 1,500 setiap seorang.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sudah beribu kali Putri Mardiana mengaku beliau tidak bersalah tetapi akhirnya tetap lari daripada menghadapi kebenaran. Apa lagi alasan beliau akan ciptakan untuk tidak hadir pada sebutan kes kali ini?

Anak Tiri Dedah Kisah Sebenar Dirogol Oleh Seorang Ahli Kumpulan Ruffedge



Kumpulan Ruffedge asalnya terdiri daripada lima orang anggota. Mereka adalah (Azan) Azan Addin bin Abdul Wahab,(Amer) Amer Munawer bin Yusoff,(Mode) Syed Mohammad bin Syed Abdullah dan (Cat) Farrish Zaquan bin Ramli.

Kemudian keanggotaannya terdiri daripada (Azan) Azan Addin b. Abdul Wahab, (Zain) Mohd Kamamaruzaman Zain b. Abdul Hamid, (Iwan) Irwan Iskandar Abidin,(Nine) Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri.

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahudan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber : Eberita.org

Hebat, Video Aksi Scha Menari Catat Hampir Sejuta Tontonan



SCHA Al-Yahya memang dikenali sebagai pelakon yang gila-gila, tengok sahajalah wataknya dalam drama bersiri, Awan Dania yang popular satu ketika dulu.

Mengembalikan kembali persona gadis gila-gila dan happy go lucky yang ada dalam dirinya, Scha menunjukkan kepakarannya menari dalam iklan terbaharu deodorant Rexona yang melantiknya sebagai jurucakap bagi produk itu.

Video iklan komersil yang dikongsikan sejak dua bulan lalu itu hampir mencecah sejuta tontonan!

Satu rekod yang agak tinggi bagi sesebuah iklan komersil yang jarang-jarang mencatatkan jumlah tontonan yang agak tinggi seperti itu.

Hmm, apa ya daya tarikan orang terhibur tengok iklan ni? Apa lagi kalau tak gaya tarian Scha yang cukup selamba dan menghiburkan ini kan!

Kecoh Selepas Ada Peminat Gelar Uqasha Senrose Sebagai 'Betina Gedik' Sebab Cium 'Bapa Tiri'



Biasalah, apabila mula dikenali ramai maka setiap tindak tanduk yang dilakukan sudah pasti menjadi tumpuan dan yang ada kalanya benda tidak sepatutnya jadi isu pun turut dijadikan isu oleh peminat.

Terbaru, pelakon cantik manis, Uqasha Senrose telah menjadi mangsa peminat-peminat yang tidak bertanggungjawab apabila tindakannya memuatnaik naik sekeping gambar mencium pipi ayahnya menjadi isu.

Gambar tersebut menjadi isu hanya kerana ayah kepada pelakon berkenaan kelihatan muda dari kebanyakkan lelaki yang bergelar ayah yang lain.

Semua ini bermula apabila seorang pengguna Instagram bernama evilineforte mendakwa lelaki yang dicium Uqasha berkenaan adalah ayah tiri kepada Uqasha and Nelydia Senrose di mana lelaki berkenaan merupakan ayah kepada Raysha Rizrose.



Kerana penerangan dari pengguna Instagram berkenaan dilihat orang lain mula menyerang Uqasha.

Pengguna Instagram mak_mail berkata "haram cium bapak tiri lah betina qedik"



Kerana tulisan-tulisan ini keadaan dilihat semakin panas menyebakan lelaki berkenaan iaitu ayah kepada Uqasha telah tampil menjawab perkara ini.



Akhirnya Uqasha tampil menulis komen mengenai perkara yang menjadi isu berkenaan di mana dia menegaskan lelaki berkenaan adalah ayah kandungnya.



Bagaimanapun ramai peminat meminta agar Uqasha sabar dengan orang seperti berkenaan yang tidak tahu menajaga adab dan mereka menyifatkan pengguna Instagram berkenaan sebagai "Keyboard Worrior".

Apapun Uqasha, admin suka lakonan anda, abaikan tuduhan liar berkenaan sebab kena ingat tidak semua senang melihat kita senang. - Siakapkeli.my

Aduh , Foto Tiz Zaqyah Berpelukan Dengan Lelaki Bersinglet Tersebar Dikecam Netizen



Tiz Zazyah , cun melecun macam mokcun . ahaha . Secantik orang , memang selalulah nama disebut walau baik dan lebih-lebih lagi buruk ..
Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.



Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.

BIADAP !! Alvin Tan Hina Mangsa Tragedi Kren Tumbang Di Makkah !!!



MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.

Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.

Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.



“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.

“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” ‪#‎FikirFikirkanlah‬ ‪#‎AllahBacul‬

Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu agama di dunia ini.

Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.

Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di kawasan kakinya itu.



Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah dengan ramai netizen.

Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan bersuara.

Ramai Manusia Bod*h Sokong Si Ratu Nyah Antarabangsa Ini Bertudung

Satu Caption yang dikeluarkan di Instagram Nur Sajat Atau Nama Jantannya Nur Sajat Fariz Ini yang bergitu rimas apabila ramai yang dok tanya dia lelaki ke perempuan. Malah ada yang bertanya kenapa bertudung dan ambil anak angkat.

Ramai Manusia Bodoh Sokong Si Ratu Nyah Antarabangsa Ini Bertudung
Nur Sajat berterima kasih kepada mereka yang bergitu prihatin dengan dirinya. Tapi itu bukan pointnya. Admin nak snapshot ayat-ayat bodoh kononya backup si ratu Nyah ni bertudung. Woi bodoh, haram tetap haram bebal. Geram pulak admin dibuatnya..
“Saya suka tgk@nursajat02 mcm nie. Lebih ayu dan sopan. Pedulikan org nk cakap apa as long as make u happy.”

“Betul tu…sajat buat itu dan ini pun salah,ambil anak angkat pun salah…semua nak bercakap pasal nagetif sahaja…sajat tak nak comment lebih2…baik kita diam dari menjawab..”

“Sajat sentiasa memaafkan mereka yang berkata macam2 pada sajat…sajat hanya buat terbaik pada diri sajat…apa sajat buat dan sajat lakukan,sajat sentiasa sher sama2..”

“Hahhhhh! Tudiah caption @nursajat02 . Chill la. Senyum ja apa yang hatters dok comment. Pasal mulot, macam2 boleh terjadi. Yang kenal awk, dyerng tahu awk mcm mana. Perjalanan awk semua. Itu di antara awk dan Allah. Bukannye tukar agama. Itu saya pon bagi buku lima ������. Hahaha��. Yang mana nak nasihat tuhh, pi la PRIVATE TEXT dengan sajat. Bukan dok comment terang2 kat sini untuk menjatuhkan maruah saudara islam kita. Kalau rasa nak nasihat , boleh text private. Tak jadi masalah pon. Be professional. Itu baru namanya menjalankan tanggungjawab kita sesama islam di jalan yang betol. Ape darrrr. Tak yah nak gaduh2 pon or sakit hati. Dok gitu penasihat sekalian?? Haha. Relax lah. Banyak cara boleh buat. Islam itu mudah. ✌��️. Chill lah @nursajat02 . ����������������”

“@nursajat02 ..x semua benci awk dlm keadaan awk mcm ni.ramai je skrg dh open dan bleh trima awk.kerana itu urusan awk dgn Allah..tp sya jgk kurang stuju awk berhijab..kerana awk seorg yg agak femes.sya rsa awk adlh ikon bgi golongan sprti awk..tindakan awk brhijab ni akn mnjadi trend dan ikutan golongan sperti awk nnt..lebih parah,mngkin satu hari nnt bleh berlaku kekeliruan dlm msyrkt..mngkin ada yg btl2 merasakan dirinya wanita shingga berani berada di saf wanita atau msuk toilet wanita nnt..pda pdpt sya.klu awk nk teringin nk pakai jgk,pakai snyap2..jgn upload dlm instagram or other medium..jika awk mulakan trend ni,prcayalah akn smakin ramai berani ikut lepas ni..please mmg bnda nmpk kcik tpi impak sgt besar pda msyrkt..lgpn klu awk x brhijab awk x berdosa pn kn..hijab hanya wajib tuk wanita my dear,bkn sebaliknya..psl anak angkt tu,xda mslh spa pn nk jaga..yg x skong tu,ckp je kat dia..ur mom is green..nnt snyap la diorg..maaf kn sya klu kata2 sya kasar..sya doakn awk kuat tuk brubah.sbnrnya ramai syg awk,kerana syg mereka nk awk brubah sblm trlmbt..gud luck bro sajat.:)

amanda.sky1Coi.. Over gile sampai nk pakai tudung bagai . Tintong ke nok. Hormon amek lebih..”

Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Pelakon Uqasha Senrose terkejut apabila dituduh ke  sebuah kelab malam tanpa bertudung sebaliknya sekadar memakai topi.


Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 23, menyifatkan khabar angin itu adalah perkara yang tidak masuk akal memandangkan dia tidak pernah memasuki kelab malam sebelum ini.


"Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.

"Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini," katanya kepada mStar Online.



Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Uqasha ditemui pada majlis pelancaran koleksi perniagaan tudung yang baru ditubuhkannya iaitu Uqasha Senrose Collection.


Beberapa minggu lalu, nama Uqasha menjadi perbualan beberapa blog dan forum di internet kononnya dia telah ke sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya.

Aktres itu dikhabarkan ke tempat itu tanpa bertudung sebaliknya memakai topi bagi mengelak orang ramai mengenalinya.



Uqasha Senrose Jawab Fitnah Ke Kelab Malam Tanpa Hijab

Sementara itu, mengenai Uqasha Senrose Collection, dia tidak menyangka mampu menghasilkan beberapa koleksi tudung rekaan sendiri selain menyifatkan perniagaan itu sebagai bidang baru yang diterokai selain kerja-kerja seni.

"Sejak berhijab, ramai yang bertanya cara saya memakai tudung selain ditawarkan menjadi duta produk muslimah.

"Jadi saya fikir, daripada menjadi duta produk orang lain, lebih baik saya punyai jenama tudung sendiri.

"Alhamdulillah, proses pembikinannya berjalan lancar dan buat masa ini, sebanyak lapan jenis rekaan tudung dihasilkan," ujarnya.

Dalam pada itu, kata Uqasha, material koleksi tudungnya juga daripada fabrik berkualiti tinggi selain menitik beratkan jahitan yang kemas.

Tudung-tudung tersebut dijual dengan harga bermula RM49 sehingga RM99.

Ia juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.uqashasenrose.com.my

Mengenai kerjaya seni pula, Uqasha kini sibuk dalam program realiti Super Spontan All Stars musim ke-4.

Dia juga bakal muncul menerusi drama terbaharu iaitu Dan Hati Pun Berkata (RTM), Ally Akasha (untuk siaran TV9) dan Doa Yang Hilang (TV3)

Rita Rudaini Mengamuk Dengan Datin Dalam Kapal Terbang



Tidak berpuas hati dengan sikap seorang wanita berpangkat Datin seperti yang didakwa Rita Rudaini ketika menaiki penerbangan pulang dari kota London, dia telah berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.



Menurut Rita di Instagram, semuanya bermula apabila anaknya tertendang kerusi hadapan ketika sedang tidur namun perkara tersebut telah membuatkan wanita berpangkat Datin berkenaan naik angin dan bertindak menaikkan suara kepada pelakon tersebut.

Menceritakan dengan panjang lebar perkara berkenaan dan meluahkan rasa tidak puas hatinya, rata-rata peminat Rita menyokong tindakannya yang tidak membalas kembali apabila ditengking oleh wanita berkenaan malah ada juga peminat yang turut terikut emosi situasi itu.

Apa yang lebih penting, Rita dan anaknya selamat sampai. Mungkin apa yang terjadi boleh juga dijadikan pengajaran kepada orang lain. Tidak sabar kami nantikan perjalanan seterusnya Rita bersama anak-anak

Sumber : ROTIKAYA

NAJIB DIMALUKAN PEGAWAI SENDIRI



Program Dialog PM Bersama NGO semalam dilaporkan telah digagalkan oleh pembantu Perdana Menteri itu sendiri, dakwa penganjur, SukaGuam.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pegawai Perdana Menteri itu 'overreact' menghalang Najib bersemuka dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ketika Najib dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai situasi di PWTC, kami berpendapat Perdana Menteri perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu Tun Dr Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

"Kami yakin jika pun program itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara Najib dan Dr Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati penyokong masing-masing," katanya.

Malangnya, pegawai berkenaan berusaha menghalang kehadiran Najib dengan memaklumkan maklumat yang tidak tepat iaitu menangguk di air keruh dengan menokok-nambahkan cerita.

Pegawai terbabit juga mendakwa Najib akan diejek sekiranya berkeras hadir ke dialog berkenaan.

"Penganjur akur dengan arahan polis supaya program ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Dr Mahathir sudah bersedia untuk bertemu Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup," katanya.

Khairul juga berkata, berdasarkan insiden semalam, ada benarnya pandangan sesetengah pemimpin, pihak yang merosakkan imej Najib bukanlah orang luar, sebaliknya di kalangan orang dalam sendiri

Sumber : THEHYPEMEDIA