Zul Ariffin Tak Kisah Dimaki Demi Menjaga Privasi Keluarga



Dua tiga hari ini kecoh dengan satu komen yang ditinggalkan seorang peminat yang kecewa tidak dapat bergambar dengan artis pujaannya, Zul Ariffin dan perkara ini terus menjadi bualan ramai sehingga ada beberapa pihak terbaru muncul meluahkan pengalaman mereka sendiri.

Anda boleh membaca artikel kami berkaitan perkara ini semalam dan di ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari para peminat yang menyokong Zul Ariffin dan tidak kurang juga mengatakan pelakon itu kini semakin sombong selepas popular.

Sedar akan apa yang dikatakan para peminat hiburan ketika ini, Zul Ariffin tampil memberikan reaksi ringkas menerusi Twitter beliau dengan mengatakan dirinya tidak kisah dimaki hamun sebegitu rupa demi menjaga privasi ahli keluarganya.



Dalam isu ini kami rasa peminat juga harus memahami yang selebriti juga manusia biasa dan adakalanya mahu kehidupan peribadi mereka tidak diganggu apatah lagi dirakamkan melalui lensa kamera. Kedua dua belah pihak boleh mengambil pengajaran dari apa yang terjadi ini.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »