Gara-gara komen merecik Wak Doyok kepada Kilafairy di laman sosial instagram milik selebriti tersebut akhirnya ‘Dikritik Teruk, Wak Doyok Dilabel Gila Seks!‘. Memang bikin panas betul, tak gitu? Lebih kontroversi apabila ibu kepada Kilafairy masuk campur dengan isu tersebut sehinggakan muncul gosip ‘Rohana Jalil Tegur Tindakan Wak Doyok Terhadap Kilafairy‘. Nak salahkan satu pihak memang tidak adil kerana setiap orang mempunyai kekurangnya yang tersendiri. Ada juga muncul pihak yang mengkritik Rohana Jalil kerana tidak menegur pemakaian seksi anaknya itu.
Mengakui kesilapan tersebut, Wak Doyok telah tampil membuat permohonan maaf untuk menjernihkan suasana di laman sosial instagram miliknya.
Tulis Wak Doyok menerusi akaun Instagramnya:-
Setiap kesilapan bukan semua datang degan niat. Kadang-kadang kesilapan dtg tanpa di sedari kerana kecuaian dan kealpaan diri sendiri. Jika itu yg harus dan berlaku padaku maafkan diri ku. Karena diri ku bukan lah hamba yg sempurna seperti mana insan yg lain. #AkuDahSerik
Apa pun semoga dengan permohonan maaf dari Wak Doyok sendiri mampu memadamkan segala kontroversi antara dirinya dan selebriti jelita Kilafairy. Lain kali berhati-hati dengan kata-kata, takut nanti termakan diri. Opsss!
Sumber : GosipMalaysia