Setiap insan pasti mahu membina mahligai impian dan ingin berkahwin bersama dengan pasangan yang tersayang. Namun ianya bukanlah semudah yang dijangka kerana kadang kala ianya memerlukan masa dan satu tempoh yang agak panjang untuk betul-betul mengenali pasangan kita.
Mungkin diatas faktor itu membuat pelakon dan penyanyi Farahdhiya masih single sehingga ke hari ini. Menurut sumber, pelatun lagu popular “Betaktha Di Hati” ini mengakui dirinya kini sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan namun masih belum berjumpa dengan calon yang sesuai.
Didalam masa yang sama, dia mengakui lebih berminat dengan lelaki melayu untuk dijadikan calon suami namun tidak menolak jika ditakdirkan bersama lelaki “pan asian” yang sudi untuk mengenali hati budinya terlebih dahulu. Menjadikan ciri utama sebagai bujang dan bukan suami orang adalah faktor utama untuk pelakon ini memulakan sesuatu hubungan sebelum sampai ke tahap yang seterusnya.
Pelakon ini turut menepis dakwaan terlalu memilih dan ianya adalah kepada proses biasa bagi setiap wanita untuk mendapat citarasa suami yang bakal dikahwini kelak.
Mengenai perkembangan semasa pula, dia bakal muncul sebagai watak utama didalam siri terbaru berjudul Super Game Boy. Siri yang bakal menemui penonton ini akan bersiaran pada 21 Mac ini jam 11 pagi di saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135) turut menampilkan pelakon seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid, Achey Bochey, Didie Alias dan ramai lagi.
Sumber : EraFm