Pelakon Hairul Azreen mengakui sengaja tidak hadir ke majlis pertunangannya dengan Hanis Zalikha yang berlangsung di kediaman aktres itu di Bukit Jelutong dekat sini pada Sabtu lalu.
Hairul, 27, berkata, dia mahu memberi penghormatan kepada keluarganya untuk mewakilinya pada majlis itu selain ingin merasai debaran bergelar tunangan orang.
"Sebelum ini pun saya sudah melamar Hanis dalam sebuah program siaran langsung jadi kali ini biarlah saya diwakili keluarga sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun depan manakala majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun.