Mahkamah benarkan rayuan Zizan



KUALA LUMPUR 19 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan rayuan pelakon dan pelawak Zizan Razak untuk mengetepikan perintah injunksi sementara yang diperoleh bekas pengurusnya, Marina Juki pada 14 Januari lalu dalam kes saman berhubung dakwaan pelanggaran kontrak.
Keputusan Hakim Datuk Hue Siew Kheng itu dibacakan oleh Penolong Kanan Pendaftar, V. Vanitha di kamar hakim hari ini.
Mahkamah membenarkan rayuan tersebut dengan kos RM8,000 untuk dibayar oleh Zizan yang dinamakan sebagai pihak plaintif.
Menurut peguam Rishwant Singh yang mewakili Zizan, permohonan interlokutori anak guamnya itu dibenarkan atas alasan Hakim Mahkamah Sesyen yang membuat keputusan itu telah terkhilaf.
Pada 14 Januari lalu, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) bagi menghalang Zizan menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsemen dengan syarikat televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.
Mahkamah Sesyen akan mendengar permohonan injunksi secara inter-parte esok

Sumber : UtusanOnline

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »