Lana Nodin umum berita kahwin Rabu depan



KUALA LUMPUR: Pelakon yang pernah mendapat jolokan sebagai 'Pamela Anderson Malaysia', Lana Nodin akan mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya pada 25 Mac ini.

Beliau sendiri menghubungi BH Online sebentar tadi untuk menjemput ke sidang media berhubung berita pengumuman perkahwinannya itu, yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bagaimanapun Lana enggan mendedahkan secara terperinci majlis berkenaan kerana mahu mendedahkan segala kejutan itu pada tarikh berkenaan.

Khabarnya Lana akan berkahwin tak lama lagi.

"Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya," katanya ringkas.

Lana sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan lelaki mat salih selain golongan VIP dan pelakon seperti Johan As'ari.

Sumber : BHOnline

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »