Showing posts with label tahukah?. Show all posts
Showing posts with label tahukah?. Show all posts

5 TANDA GIRLFRIEND ANDA TIDAK AKAN MENJADI ISTERI ANDA SUATU HARI NANTI!!


Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Apa yang pasti, setiap pasangan inginkan yang terbaik untuk hubungan mereka.
Selalunya kami hanya memberi padangan kepada para wanita, tetapi kali ini kami ingin memberi padangan untuk para lelaki dan juga bakal suami!
Hurm..Untuk lelaki di luar sana, anda pasti ke kekasih anda, mampu menjadi isteri yang terbaik untuk anda?

1. Terlalu bergantung
Pada dia anda adalah segala-galanya . Apabila dia mahu membeli benda yang mudah pun, dia akan mendail nombor anda dan meminta anda untuk membelikan untuknya. Lebih parah apabila dia sentiasa menunggu anda untuk membuat keputusan untuknya, maka anda perlu berfikir dua kali . Seorang isteri perlu berdikari . Dapat mengendalikan rumah apabila anda tiada dirumah.

2. Cara pemakaian
Seorang isteri perlu menjaga kesopanan dalam berpakaian setelah berkahwin. Mungkin sebelum berkahwin ianya tidak menjadi tanggungjawab anda untuk menegur kekasih anda itu. Tetapi apabila dah berkahwin, dia membawa nama anda kemana sahaja dia pergi. Pasti anda tidak mahu anak anda mengikut jejak langkahnya yang berpakaian singkat dan terdedah sana sini.

3. Kurang ajar
Jika semasa bercinta dia dah mulakan sikap kurang ajar dengan anda atau orang lain, batalkan niat anda untuk jadikannya sebagai isteri. Apa yang penting dalam hubungan suami isteri ialah saling hormat menghormati. Tetapi apabila kekasih anda tidak mampu menghormati anda, sampai ke tua pun semuanya tidak akan berubah. Jangan menyesal di kemudian hari je nanti.

4. Emosi tidak stabil
Kejap ok kejap marah-marah. Jika kekasih anda mempunyai perangai sebegini, periksa dahulu sebab apa dia bertindak sedemikian. Mungkin ada masalah. Tapi kalau tiada masalah pun kekasih anda bersikap sedemikian, fikir dua kali untuk menjadikannya sebagai isteri. Penat jugak nak layan perangainya hari-hari sebegini.

5. Penipu
Menipu adalah perkara yang paling teruk. Tidak ada sebab untuk anda bersama dengannya lagi jika kekasih anda menipu anda. Jika sebelum berkahwin pun dah pandai menipu, apa lagi selepas bergelar suami isteri. Jadi, tunggu apa lagi, lari!

8 Tabiat Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan



Tabiat pemakanan kita pada hari ini akan memberi kesan yang sangat besar apabila kita semakin berusia kelak. Apabila membabitkan soal makanan, sebenarnya banyak peraturan yang harus dipatuhi bagi memastikan kita kekal sihat dan terhindar dari pelbagai penyakit. Mungkin kita tidak sedar terdapat beberapa tabiat yang dilakukan selepas makan akan memudaratkan tubuh badan kita. Berikut dikongsikan 8 larangan selepas makan yang baik untuk diamalkan bersama:

1. Jangan makan buah-buahan
Makan buah-buahan sejurus selepas mengambil makanan berat akan menyebabkan perut kembung. Untuk pemakanan yang lebih sihat, buah-buahan boleh diambil 1 hingga 2 jam selepas makan atau seeloknya 1 jam sebelum makan.

2. Jangan minum teh
Elakkan minum air teh khususnya teh ais  sejurus selepas makan. Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protien dalam makanan yang dimakan sukar untuk dihadam.

3. Jangan minum ais
Minum air yang mengandungi ais sebelum, semasa dan selepas makan akan melambatkan proses pencernaan  perut kerana air sejuk akan membekukan makanan berminyak yang baru dimakan. Apabila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran sehingga menyebabkan lemak berkumpul dan mengundang pelbagai penyakit terutama kanser dan serangan jantung.

4. Jangan merokok
Kajian daripada pakar menunjukkan bahawa kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama kesannya dengan menghisap 10 batang rokok. Ia menyebabkan risiko untuk mendapat pelbagai penyakit lebih tinggi. Walaubagaimanapun, merokok tetap membahayakan kesihatan, berhenti merokok adalah lebih baik.

5. Jangan banyak berjalan
Hakikatnya berjalan kaki elok untuk kesihatan jantung, tetapi pada masa yang sama ia tidak elok untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.

6. Jangan melonggarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang selepas makan  secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Kes sebegini kerap dilakukan kerana berasa terlalu kenyang selepas makan. Jika ingin longgarkan tali pinggang, seeloknya lakukan sebelum makan.

7. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ia bukan sahaja akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut malah boleh membuat kita buncit.

8. Jangan terus tidur
Jangan terus tidur atau baring sebaik sahaja selepas makan. Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik

Cara Mudah Kesan Kedai Yang Guna Pelaris ?



Di zaman moden hari ini masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir untuk pelbagai tujuan dan maksud.

Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat bomoh. Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan, bahkan ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.

Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.

“Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat” -( Al-Hijr: 42).

“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” -( An-Nahl : 99).

“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” -( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).

Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai.

Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid, surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih rancak di negara kita malaysia.

Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanypopular di Indonesia sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke Malaysia. Jadi kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.

Persoalannya bagaimana nak tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau tidak.

Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.

Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (mcm ustaz Ismail Kamus ajar). Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”. ( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ).

Wallahualam.

Menurut kajian, inilah punca utama kes perceraian berlaku



Laman sosial Facebook dan Twitter menjadi ancaman utama kepada kes penceraian menurut satu kajian. Satu daripada tujuh kes penceraian yang dilaporkan di Britain menunjukkan punca utama kes penceraian adalah disebabkan status yang dimuatnaik pasangan di laman sosial seperti Facebook. Sebahagian respoden mengakui bahawa mereka mencari bukti kecurangan pasangan masing-masing melalui laman media sosial.

Kajian yang dikendalikan oleh firma guaman Slater dan Gordon mendapati, Facebook, Skype, Snapchat, Twitter, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain memainkan peranan dalam kes penceraian hari ini. Andrew Newbury berkata, jika lima tahun dahulu, Facebook jarang dikaitan dalam kes penceraian tetapi kini ia menjadi perkara biasa.

“Media sosial adalah cabaran perkahwinan masa kini. Media sosial khususnya Facebook yang memaparkan gambar dan status yang menjadi penyebab penceraian”, katanya dipetik Dailymail. Sementara itu, kaji selidik yang dilakukan Censuswide terhadap 2011 pasangan suami isteri menunjukkan sebab utama pasangan melihat media sosial pasangan masing-masing adalah untuk melihat dengan siapa mereka berkomunikasi, berjumpa dan ke mana mereka pergi.

Pertengkaran yang terjadi adalah berkaitan bekas kekasih pasangan, menghantar mesej peribadi secara rahsia, dan memuatnaik gambar yang tidak sepatutnya. Selain itu, kajian mendapati kebanyakan pasangan tidak berpuas hati terhadap pasangan selepas menemui sesuatu dalam laman Facebook pasangan dan menyembunyikan kata laluan daripada pasangan. -AP

10 Sebab Kenapa Lelaki Lebih Sukakan Janda?

Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin.

Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya.

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.



Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4). Kenapa lelaki sukakan janda? Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja.

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai "Menggula".

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menjaga.

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja.

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda.

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara.... fikir-fikirkanlah ya..

6 DANDANAN YANG DIHARAMKAN UNTUK MUSLIMAH ISLAM



Tidak semua dandanan dan hiasan bagi suami itu halal, ada cara dandan yang haram dan bertentangan dengan Islam. Misalnya mengikuti cara berpakaian wanita kafir yang tidak pernas solat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.

Wanita muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan sudi menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wanita muslimah wajahnya akan kelihatan bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah.

Oleh kerana itu, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan sosoknya sebagai seorang muslimah.

Berikut beberapa dandanan dan hiasan yang haram:

Pertama, berlebihan dalam berhias dengan menghabiskan masa yang cukup lama dan wang yang tidak sedikit untuk mencari kosmetik, pakaian, serta ornamen hiasan terbaru yang dilancarkan ke pasaran.

“Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudar syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al-Israa ayat 27).

Kedua, menghabiskan banyak masa di depan cermin guna bersolek dengan berbagai macam kosmetik. Sebab segala sesuatu yang berlebihan dan melampaui batas, akan menjadikan perkara yang negatif.

Ketiga, Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang membuat tato dan meminta ditato, yang mencabut bulu kening dan meminta dicabut, yang merenggangkan gigi dan memperindahnya, serta wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir ).

Keempat, Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami ‘ash-Shaghir).

Kelima, Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).

Keenam, Rasulullah SAW bersabda, “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak bboleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).

Sudah jelas bukan bahawa berpakaian dengan berlebihan hanya akan membuatmu melanggar peraturan-peraturan Allah, untuk itu taatilah perintah Allah dan berdoalah supaya hati tetap istiqomah di jalan-Nya. Dan Allah menjadikan kita wanita muslimah yang seutuhnya.