Menurut kajian, inilah punca utama kes perceraian berlaku



Laman sosial Facebook dan Twitter menjadi ancaman utama kepada kes penceraian menurut satu kajian. Satu daripada tujuh kes penceraian yang dilaporkan di Britain menunjukkan punca utama kes penceraian adalah disebabkan status yang dimuatnaik pasangan di laman sosial seperti Facebook. Sebahagian respoden mengakui bahawa mereka mencari bukti kecurangan pasangan masing-masing melalui laman media sosial.

Kajian yang dikendalikan oleh firma guaman Slater dan Gordon mendapati, Facebook, Skype, Snapchat, Twitter, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain memainkan peranan dalam kes penceraian hari ini. Andrew Newbury berkata, jika lima tahun dahulu, Facebook jarang dikaitan dalam kes penceraian tetapi kini ia menjadi perkara biasa.

“Media sosial adalah cabaran perkahwinan masa kini. Media sosial khususnya Facebook yang memaparkan gambar dan status yang menjadi penyebab penceraian”, katanya dipetik Dailymail. Sementara itu, kaji selidik yang dilakukan Censuswide terhadap 2011 pasangan suami isteri menunjukkan sebab utama pasangan melihat media sosial pasangan masing-masing adalah untuk melihat dengan siapa mereka berkomunikasi, berjumpa dan ke mana mereka pergi.

Pertengkaran yang terjadi adalah berkaitan bekas kekasih pasangan, menghantar mesej peribadi secara rahsia, dan memuatnaik gambar yang tidak sepatutnya. Selain itu, kajian mendapati kebanyakan pasangan tidak berpuas hati terhadap pasangan selepas menemui sesuatu dalam laman Facebook pasangan dan menyembunyikan kata laluan daripada pasangan. -AP

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »