Showing posts with label kontroversi. Show all posts
Showing posts with label kontroversi. Show all posts

Kes Khalwat: Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Baharu Terhadap Putri Mardiana



Putri Mardiana sebelum ini merasa terkejut dan memberi seribu satu alasan apabila beliau dikenakan waran tangkap kerana gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah buat kali kedua untuk perbicaraan kes khalwat beliau bersama kekasihnya Ejump.

Kali ini, beliau tidak boleh lari lagi selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan Ejump kerana masih lagi berdegil dan tidak hadir pada sebutan kes khalwat mereka.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.


Keputusan tersebut dibuat oleh hakim selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIS yang ditugaskan untuk melaksanakan waran tangkap sebelum ini telah gagal dalam tanggungjawab yang diberi.

Pada masa yang sama, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap penjamin Putri Mardiana yang seharusnya hadir pada sebutan kes berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Putri Mardiana dan Ejump mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah kediaman di C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi tanggal 14 Disember 2014. Mereka kemudiannya, dibebaskan dengan ikat jamin RM 1,500 setiap seorang.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sudah beribu kali Putri Mardiana mengaku beliau tidak bersalah tetapi akhirnya tetap lari daripada menghadapi kebenaran. Apa lagi alasan beliau akan ciptakan untuk tidak hadir pada sebutan kes kali ini?

Anak Tiri Dedah Kisah Sebenar Dirogol Oleh Seorang Ahli Kumpulan Ruffedge



Kumpulan Ruffedge asalnya terdiri daripada lima orang anggota. Mereka adalah (Azan) Azan Addin bin Abdul Wahab,(Amer) Amer Munawer bin Yusoff,(Mode) Syed Mohammad bin Syed Abdullah dan (Cat) Farrish Zaquan bin Ramli.

Kemudian keanggotaannya terdiri daripada (Azan) Azan Addin b. Abdul Wahab, (Zain) Mohd Kamamaruzaman Zain b. Abdul Hamid, (Iwan) Irwan Iskandar Abidin,(Nine) Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri.

KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

"Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahudan sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber : Eberita.org

Hebat, Video Aksi Scha Menari Catat Hampir Sejuta Tontonan



SCHA Al-Yahya memang dikenali sebagai pelakon yang gila-gila, tengok sahajalah wataknya dalam drama bersiri, Awan Dania yang popular satu ketika dulu.

Mengembalikan kembali persona gadis gila-gila dan happy go lucky yang ada dalam dirinya, Scha menunjukkan kepakarannya menari dalam iklan terbaharu deodorant Rexona yang melantiknya sebagai jurucakap bagi produk itu.

Video iklan komersil yang dikongsikan sejak dua bulan lalu itu hampir mencecah sejuta tontonan!

Satu rekod yang agak tinggi bagi sesebuah iklan komersil yang jarang-jarang mencatatkan jumlah tontonan yang agak tinggi seperti itu.

Hmm, apa ya daya tarikan orang terhibur tengok iklan ni? Apa lagi kalau tak gaya tarian Scha yang cukup selamba dan menghiburkan ini kan!

Kecoh Selepas Ada Peminat Gelar Uqasha Senrose Sebagai 'Betina Gedik' Sebab Cium 'Bapa Tiri'



Biasalah, apabila mula dikenali ramai maka setiap tindak tanduk yang dilakukan sudah pasti menjadi tumpuan dan yang ada kalanya benda tidak sepatutnya jadi isu pun turut dijadikan isu oleh peminat.

Terbaru, pelakon cantik manis, Uqasha Senrose telah menjadi mangsa peminat-peminat yang tidak bertanggungjawab apabila tindakannya memuatnaik naik sekeping gambar mencium pipi ayahnya menjadi isu.

Gambar tersebut menjadi isu hanya kerana ayah kepada pelakon berkenaan kelihatan muda dari kebanyakkan lelaki yang bergelar ayah yang lain.

Semua ini bermula apabila seorang pengguna Instagram bernama evilineforte mendakwa lelaki yang dicium Uqasha berkenaan adalah ayah tiri kepada Uqasha and Nelydia Senrose di mana lelaki berkenaan merupakan ayah kepada Raysha Rizrose.



Kerana penerangan dari pengguna Instagram berkenaan dilihat orang lain mula menyerang Uqasha.

Pengguna Instagram mak_mail berkata "haram cium bapak tiri lah betina qedik"



Kerana tulisan-tulisan ini keadaan dilihat semakin panas menyebakan lelaki berkenaan iaitu ayah kepada Uqasha telah tampil menjawab perkara ini.



Akhirnya Uqasha tampil menulis komen mengenai perkara yang menjadi isu berkenaan di mana dia menegaskan lelaki berkenaan adalah ayah kandungnya.



Bagaimanapun ramai peminat meminta agar Uqasha sabar dengan orang seperti berkenaan yang tidak tahu menajaga adab dan mereka menyifatkan pengguna Instagram berkenaan sebagai "Keyboard Worrior".

Apapun Uqasha, admin suka lakonan anda, abaikan tuduhan liar berkenaan sebab kena ingat tidak semua senang melihat kita senang. - Siakapkeli.my

Aduh , Foto Tiz Zaqyah Berpelukan Dengan Lelaki Bersinglet Tersebar Dikecam Netizen



Tiz Zazyah , cun melecun macam mokcun . ahaha . Secantik orang , memang selalulah nama disebut walau baik dan lebih-lebih lagi buruk ..
Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.



Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.

Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.

BIADAP !! Alvin Tan Hina Mangsa Tragedi Kren Tumbang Di Makkah !!!



MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.

Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.

Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.



“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.

“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” ‪#‎FikirFikirkanlah‬ ‪#‎AllahBacul‬

Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan isu agama di dunia ini.

Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah keterlaluan serta sudah berlebihan.

Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan sentiasa berada di kawasan kakinya itu.



Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena tarbiah dengan ramai netizen.

Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab kebebasan bersuara.