SATU perkara yang harus diambil berat oleh ahli politik zaman sekarang adalah, rakyat tak lagi naif dan sukar untuk membezakan perkara yang betul dan dusta.
Zaman berpolitik sambil mencanang fitnah sudah berlalu dan kebanyakannya cuma menambahkan jengkel rakyat sahaja.
Apatah lagi, menampal gambar guna teknik photoshop yang pada hari ini budak sekolah rendah pun dah pandai buat.
Justeru tindakan puak pembangkang mengedit sekeping gambar memaparkan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bersama Datin Sri Rosmah Mansor sambil mendakwa mereka berada dalam satu menyuarat kabinet sekaligus mempertikaikan kehadiran isteri PM di situ amat menjengkelkan.
Gambar tersebut sebenarnya adalah gambar yang diambil semasa mesyuarat MT UMNO di PWTC jadi jika ia dikatakan mesyuarat kabinet, sejak bila pula mesyuarat kabinet dilangsungkan di PWTC dan bukan di Putrajaya?
Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan politik dan rajin membaca, penyebaran gambar fitnah sebegini adalah ‘so yesterday’ dan memuakkan.
Sebenarnya rakyat sudah naik benci dengan budaya memfitnah bagi meraih sokongan dan apa yang diharapkan kini adalah supaya semua ahli politik berhenti memperbodohkan masyarakat sebaliknya berkempen dengan fakta bukan auta!