Tasha Shilla Kembali Terima Hans



Tasha Shilla mengakui dirinya kembali menerima Hans Wong di dalam hidupnya setelah bermuhasabah diri dan membuang perasaan marah dan juga dendam tehadap Hans selain menyifatkan hubungan mereka sebagai sahabat baik.

“Tidak semestinya bila sudah berpisah kita tidak boleh berkawan semula dengan bekas kekasih kerana ia merupakan perkara biasa untuk pasangan yang pernah bercinta”

“Setelah bermuhasabah diri, saya akhirnya mengambil keputusan untuk tidak berdendam dengannya kerana di dunia ini tidak baik untuk bermusuh-musuhan sesama manusia,” kata Tasha yang sudah putus cinta beberapa bulan lalu kepada mStar Online.

Selain itu, Tasha dalam masa yang sama turut menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan. Sebelum ini, Tasha yang telah menjalinkan cinta sejak 2013 bersama Hans dikhabarkan berpisah kerana berpunca daripada orang ketiga, Kaka Azraff.

“Buat masa sekarang ini saya dan dia (Hans) bersahabat baik kerana masing-masing ingin memberi fokus terhadap kerjaya masing-masing dahulu kerana kami tidak mahu terikat dengan apa-apa hubungan.

“Kerana dulu kami sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi tidak jadi kini saya serahkan semuanya kepada Allah mengenai soal jodoh kerana itu merupakan perancangan terbaik-Nya ,” jelas Tasha lagi.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »