Baru baru ini nama Diana Danielle menjadi sebutan ramai selepas gambar beliau dalam keadaan cukup seksi menghiasi dua buah majalah ternama Malaysia. Diana Danielle bagaimana pun mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan menunggu suasana reda.
Bukan mudah nampaknya berhadapan dengan kontroversi yang melibatkan sensitiviti masyarakat dua kali berturut turut. Pengurusan Diana Danielle, Prokuya Studios yang diwakili Fadzil Zaharitampil meminta maaf kepada semua pihak atas apa yang berlaku.
“Sebagai wakil Prokuya Studios, saya harus memikul tanggungjawab ini, seterusnya membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat yang berasa tersinggung. Kami berdiam diri bukan kerana ingin lari daripada memberi komen, tetapi mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum memberi penjelasan,” ujarnya kepada Berita Harian.
Fadzil Zahari juga memberikan penjelasan atas apa yang berlaku ketika sesi fotografi kedua dua majalah itu sehingga pihak pengurusan terlepas pandang akan gambar yang dirakam untuk keluaran majalah tersebut.
“Ketika fotografi, saya atau kakitangan lain tiada di lokasi.
Jadi kami tidak tahu apa yang berlaku hingga edisi berkenaan berada di pasaran. Gambar itu kemudian membangkitkan kemarahan ramai yang membuatkan kami terpaksa menunggu hingga situasi reda”
“Saya juga tidak menyangka selepas itu muncul pula majalah kedua. Walaupun gambar itu tidak seperti yang pertama, ia sekali lagi membuat orang ramai tersinggung. Pihak kami bukan sengaja mahu membakar lagi suasana dengan satu persatu kontroversi,” tambahnya lagi.
Nampaknya pihak pengurusan Diana Danielle atau mana mana artis sekali pun selepas ini harus lebih berhati hati dengan imej yang akan dipaparkan kepada peminat. Artis itu sendiri sebenarnya punya pilihan untuk tidak beraksi seksi pada awalnya, but oh well.