Gambar Nora Danish terpaksa "cover line" butang baju di dadanya, elak dikecam
Janda hot yang juga girlfriend kepada anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nora Danish kembali lagi menghangatkan suasana Instagram beliau. Seperti yang kita tahu, Nora sering memuatnaik foto aktiviti hariannya.
Salah satu dari kepingan gambar yang dikongsikan seperti biasa telah menimbulkan sediikit kontroversi malah mengundang pelbagai komen-komen separa Iucah.
Gambar tersebut, menyaksikan Nora Danish, Awal Ashaari dan Jalena Rejab mengambil gambar bersama. Sekali imbas, ianya biasa sahaja tetapi tidak untuk peminat-peminat tegar Nora. Habis ditelitinya segenap tubuh wanita berkenaan dan akhirnya mereka berjumpa juga.
Rupa-rupanya, tangan Nora yang berada dicelah dada bajunya pun boleh jadi 'bahan' untuk mereka komen. Macam-macam dituduh dek peminat fanatik. Ada yang mengatakan beliau dirabalah, digeleteklah dan pelbagai lagi.
Setelah kami selungsuri Instagram Awal, maka kami terjumpa sekeping gambar yang menyembabkan Nora bertindak sedemikian.
Bahagian butang di dada baju Nora agak terbuka sedikit, jadi mungkin menyedari perkara tersebut akan berlaku lagi, makan Nora mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan 'benda' lain pula yang terkeluar untuk penggambaran seterusnya...