SAYU!! Kisah Benar Luahan Hati Sedih Gadis Melayu Berkahwin Dengan ‘BANGLA’



Itulah derita yang kini dilalui oleh ibu muda warganegara Malaysia Nur Sri Rahayu Marimon, 24 tahun, yang kini tinggal di negara berkenaan bersama dua anaknya selepas ditinggalkan suaminya yang bekerja di Arab Saudi sejak tiga tahun lepas.
melayu kahawen bangla
Dia yang dikenali sebagai Ayu kini terpaksa bekerja memecah batu di Nepal untuk menyara kedua-dua anaknya. Biarpun suaminya ada mengirimkan wang tetapi ia dibuat melalui ibu mertuanya yang memberikan wang tidak mencukupi kepadanya dan anak-anak.

Lebih menyayat hati, anaknya yang berumur setahun dipaksa memakan bubur nasi yang dimasak bersama dengan daging babi. Jika si kecil enggan memakannya, ibu mertua Ayu akan memukul kanak-kanak itu.

Kira-Kira setahun lepas, bapa Ayu seorang pemegang taraf penduduk tetap dari Indonesia sejak sembilan tahun lepas, Marimon Ahmad Kasman, 57 tahun, menerima panggilan daripada Ayu memaklumkan bahawa dia sebenarnya sudah berada di Nepal untuk tinggal bersama suaminya.

Sebelum itu ketika tinggal di Malaysia, Ayu membawa diri bersama kedua-dua anaknya ke Nepal tanpa pengetahuan ayahnya.

Ayu dan suaminya itu berkahwin sebelum itu di Thailand dan kemudiannya mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia dan anak pertama mereka lahir di Malaysia dan anak kedua pasangan itu dilahirkan di Nepal.

Kini, Ayu merayu untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah tidak tertahan hidup dalam keadaan sebegitu sehingga terpaksa memakan babi apabila disuruh oleh ibu mertuanya.

Marimon hadir bertemu dengan wartawan memaklumkan beliau telah menghubungi Wisma Putra untuk tujuan itu dan pihak Kementerian Luar sudah pun menghubungi kerajaan Nepal bertanyakan tentang keadaan anaknya.

“Menurut pegawai di Kementerian Luar, tiada masalah untuk membawa Ayu pulang kerana lokasi tempat tinggalnya sudah dikenal pasti tetapi Ayu dikatakan sudah tinggal di Nepal melebihi tempoh masa yang dibenarkan tanpa visa.

“Pegawai itu berkata denda kerana kesalahan Ayu itu sudah mencecah RM32,000 dan jumlah keseluruhan termasuk tiket pulang ialah kira-kira RM35,000,” katanya.

Marimon dan isterinya Jaliah Tamin, 52 tahun, seorang rakyat Malaysia tidak mampu untuk meraih wang sebanyak itu untuk membawa Ayu pulang ke Malaysia.



Ayah Ayu, yang sebelum ini bekerja kerja-kerja buruh kini sudah menghidapi kencing manis dan sudah kurang bekerja untuk menyara keluarga.

“Saya kalau hendak uruskan tambang balik tiada masalah, ini apabila dijelaskan termasuk denda mencecah jumlah sebegitu saya tidak mampu,” katanya.

Kes ini sudah pun diserahkan kepada Biro Pengaduan Awam Kelab Putera 1 Malaysia yang dikelolakan oleh Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tindakan lanjut membantu keluarga itu.

Pihak biro ketika ini masih meyiasat kes berkenaan.

Orang ramai juga jika mahu membantu Marimon boleh tampil untuk membantu membawa pulang Ayu ke Malaysia.

Anda boleh menghubungi Jaliah di talian 0118554031.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »