Setiap update terbaru penyanyi Alyah di laman Instagramnya memang menjadi perhatian orang.. Iyalah, kalau Miss A perhatikan sikap Alyah ni jenis, kalau ada masalah je mesti semua dia akan luah di laman Instagram dia..
Termasuklah masalah rumahtangga dengan suami, Ramli MS.. Terbaru, satu status dan gambar yang dimuatnaik Alyah telah menarik perhatian ramai peminatnya..
Kalau Miss A pun pelik, dengan kapysen ‘it’s over’ disertakan dengan gambar berwarna hitam kosong.. Terlintas juga dalam kepala otak ni, rumahtangga Alyah ni dilanda masalah lagi ke?
Ramai peminat buat spekulasi bahawa Alyah nak hint bahawa hubungan dia dengan Ramli MS dah berakhir atau ke tahap yang semakin meruncing..
Sehari sebelum Alyah muatnaik gambar hitam ni pun Alyah dah muatnaik gambar serta kaypsen yang mecurigakan..
“Semoga esok lebih baik dari sebelumnya.semoga esok lebih kuat utk diharunginya.semoga esok ada hadiah dari Allah swt.
Ya Allah swt I love u so much....” tulisnya..
Apa maksud Alyah dengan semoga hari esok lebih kuat untuk diharungi? kalau betul rumahtangga Alyah dilanda masalah.. Miss A harap mereka dapat selesaikan dengan cara yang baik.. Jangan tiba-tiba dengan cerai sudah.. Ooopss.
Sumber : Utaranews