Sapa yang tak mahu kan bila perlaburan perniagaan yang kita kita sertai boleh bawak pulangan pendapatan yang lumayan kan. Tambah-tambah pulak apabila mereka menjanjikan pulangan sehingga lima angka.
Pehhhh ! Bila dengar macam tu dah terbayang macam-macam dah ni dalam kepala. Boleh pakai kereta mewah, gajet hebat-hebat kann… Fuhhhhhh membuak-buak keinginan ni. Tambah pulak bila ditaburkan dengan janji-janji manis dari agent Skim Cepat Kaya ni.
Macam kes brader ni, seorang agent perniagaan multi-level marketing (MLM) dengan hilang rasa malu sanggup dia memaksa brader ni melabur dalam perniagaan MLM yang disertainya ni. Sampai hasut brader ni menipu ibu bapanya demi mendapatkan modal untuk melabur dalam MLM ni.
Gila sungguh, dah orang tak mau masuk tu tak payah la paksa. Nampak sangat desperate nak dapatkan pelabur. Dah la tak menguntungkan pun. Rugi lagi ada la.
Kalau modal takat RM10 hingga RM30 tak apa la jugak, ini sampai ribu-ribu. Orang tak berkemampuan macam brader ni mana la nak sanggup buang duit labur kat perniagaan yang mengarut ni. Entah betul entah tidak perniagaan yang dorang buat ni.
Dah tu sasarkan orang yang tak mampu macam brader ni pulak sebagai mangsa untuk menipu. Nasib baik la brader ni berkeras hati jugak untuk tidak terpengaruh dengan hasutan agent ni. Kalau Gomez pun tak nak menipu parents untuk benda tak berfaedah ni.
Sumber : UtaraNews