Sharnaaz Ahmad Mengamuk Namanya Digunakan Untuk Menipu Orang Ramai



Sharnaaz Ahmad merasa berang apabila sepasang suami isteri daripada Singapura telah menggunakan nama beliau untuk menipu duit orang ramai dengan mengadakan sebuah acara bertemu dengan peminat di negara tersebut.
Pasangan itu ternyata licik dalam permainannya apabila mereka kononya mengadakan acara itu demi peminat Sharnaaz di Singapura dan wang hasil jualan tiket akan disalurkan kepada rumah kebajikan Pertapis.
Sharnaaz telah memberi amaran kepada peminat agar tidak tertipu dengan pasangan tersebut yang dipercayai sudah lama menipu orang ramai dengan pelbagai taktik.


Salam semua, ini 2 manusia tak guna patut dihukum rejam sampai lunyai!! Jaga jaga dgn penipuan due ekor ini.. Yes ekor.. Binatang berhati mulia walaupun tidak berakal, tetapi dikurniakan akal, digunakan untuk mengaut keuntungan.. EVENT DI SINGAPORE INI ADALAH PALSU!! Tujuan mengaut keuntungan.. Sila cari ini dua ekor dan ambik duit dia.. Familia singapore tolong berhati hati.
Manusia macam ini memang pintar menggunakan peluang untuk menipu orang ramai. Mereka tahu Sharnaaz Ahmad ni ramai peminat kan? Jadi kepada anda diluar sana berhati-hati dengan sebarang tawaran yang memerlukan anda untuk mengeluarkan duit, sebolehnya siasat dahulu siapa penganjurnya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »