Dirogol bergilir-gilir 4 Lelaki 3 Hari Berturut-Turut

Gambar Hiasan


Seorang gadis yang berusia 15 tahu yang terlalu berani keluar bersama dengan seorang lelaki yang baru dikenali telah memakan dirnya sendiri apabila dirogol bergilir-gilir oleh 4 orang lelaki.

Mangsa yang mengikuti lelaki tersebut telah dibawa ke rumah sewa lelaki tersebut di Manir, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu dan menjadi hamba seks lelaki berkenaan dan rakan-rakannya selama tiga hari.

Menurut sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia 18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.

“Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

“Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

“Mangsa mendakwa ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah,” kata sumber itu lagi.

Segala perbuatan rogol tersebut telah dirakam oleh suspek untuk dijadikan modal untuk mengungut mangsa berjumpa dengannya lagi.

Takut dengan ugutan itu, mangsa sekali berjumpa suspek sebelum sekali lagi dirogol oleh suspek dan rakan suspek yang berusia 16 tahun di lokasi sama, pagi Jumaat lalu.

Setelah tidak tahan lagi mangsa telah emnceritakan hal berkenaan kepada rakannya dan membuat laporan Polis.

Kesemua empat suspek telah berjaya ditahan pada Jumaat lalu di sekitar Manir untuk diambil tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »