Saya Hanya Bergurau - Wak Doyok



Mengakui serik dengan apa yang dilakukannya terhadap komen yang ditinggalkan di Instagram Kilafairy, Wak Doyok akur dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, menurut Wak, apa yang dilakukannya itu hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya sudah serik. Tak sangka pula gurauan itu disalah tafsirkan oleh orang lain. Padahal saya hanya bergurau komen macam itu pada gambar Kila seperti gurauan antara kawan. Tak sangka segelintir pihak salah anggap dan menjadikan ia masalah besar”

“Sedangkan antara saya dan Kila memang kami tahu itu hanya usikan kawan. Bila dah jadi isu saya kena akur dengan kedudukan saya sebagai ikon masyarakat saya terima teguran orang dengan hati terbuka,” katanya kepada Harian Metro menjawab kecaman gila seks yang diberikan kepadanya akibat dari isu tersebut.

Selain itu, dalam masa yang sama, Wak Doyok sendiri mengakui bahawa dia perlu berhati-hati dalam melakukan apa saja perkara di media sosial sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah menyatakan perkara yang berbaur lucah.

Tidak pasal-pasal terlekat label gila seks pada figura fesyen ini. Apa-apa pun, Wak sudah dapat pengajaran dan harapnya perkara yang sama tidak berulang lagi dan mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain di luar sana.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »