Debaran Hanez Suraya



Kurang 24 jam daripada sekarang, pelakon cantik, Hanez Suraya, 30, bakal menyandang gelaran baru apabila bakal mengakhiri zaman solonya dengan lelaki pilihan hatinya, Romie Razil Adilha.

Majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada esok, 14 Mac 2015 di Masjid Putra, Putrajaya itu bakal menjadi detik bersejarah Hanez selepas melalui pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang perhubungan mereka.

Media Hiburan berkesempatan menghubungi Hanez untuk berkongsi persiapan akhir dan perasaannya ketikan ini.

"Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap untuk majlis pernikahan esok.  Jujurnya, perasaan saya kini bercambur baur.  Rasa gementar itu makin terasa sejak seminggu lalu.  Gementar kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai suami dan berkongsi kasih dengan anak-anak Romie.

"Memandangkan sebelum ini saya melalui pelbagai dugaan, esok bakal merubah segalanya.  Pastinya ia satu lagi perasaan yang ingin saya tunjukkan kepada orang di mana saya juga berhak merasai kebahagiaan itu," ujar Hanez yang berulang kali menyatakan rasa berdebarnya.

Hanez yang akan mengenakan busana rekaan Wanpa di majlis pernikahan akan meneruskan majlis persandingan dan majlis berinai besar pada sebelah malam di kediaman keluarganya di Seremban, Negeri Sembilan.  Di majlis tersebut Hanez akan memakai rekaan Najeeb Azami.

Media Hiburan mengucapkan selamat pengantin baru semoga hubungan yang dibina akan berkekalan sehingga ke jannah.

Sumber : MediaHiburan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »