Sakinah Tidak Kisah Dikritik Tayang Peha



Sharifah Sakinah merupakan antara barisan artis baru yang dilihat sangat berani menampilkan perwatakan sebenarnya dan terkini, pelakon ini menerima kritikan kerana tampil menghias muka hadapan sebuah majalah wanita dengan imej menjolok mata.

Menjawab kepada kritikan tersebut, menjadi dirinya sendiri, Sakinah menyatakan bahawa dia tidak ambil pusing mengenai kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan mengakui dia mempunyai pendiriannya sendiri.



“Kalau kita asyik nak fikir apa orang kata, tidak ke manalah jawabnya. Saya ada pendirian saya. Lagipun bakal suami saya mengenali saya seadanya. Sebagai artis saya faham, sentiasa ada banyak mata yang memerhatikan kita. Ini jalan yang kita pilih, kita harus terima”

“Bagi saya, imej itu bukan isunya tapi apa yang penting kita tahu tanggungjawab. Kalau nak terbuka atau tertutup, soal seksi atau tidak, jika seseorang itu berani buat dia juga perlu berani tanggung risikonya”

“Kalau kita seksi tapi orang tak suka, ada orang kata apa yang kita buat itu salah atau betul, kita kena terimalah,” katanya sambil sempat berkongsi mengenai persiapan untuk hantaran bakal suaminya masih belum disediakan lagi ketika ini.

Sumber : Rotikaya

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »