Dalam sedar tidak sedar, rupanya usia perkahwinan Alyah bersama suami, Datuk Ramli MS telah pun menjangkau usia 2 tahun semalam dan Alyah ada memuatnaik sekeping gambar di dalam Instagram dengan kapsyen menggambarkan dia redha dengan ketentuan yang ditetapkan.
Sementara itu, memetik temubual bersama Harian Metro, Alyah menyatakan bahawa hubungan suami dan dia masih lagi dalam keadaan baik sambil memberitahu bahawa tempoh 2 tahun itu merupakan tempoh untuk Alyah belajar mengenai selok belok rumah tangga.
“Alhamdulillah, saya masih isteri Datuk Ramli MS. Semua masih sama dan semuanya okay sekarang. Tidak ada apa-apa yang berubah,” jelasnya kepada akhbar berkenaan sambil menjelaskan isu mengenai mengapa Alyah tidak mengenakan cincin perkahwinan sebelum ini.
“Saya memang tak pernah pakai cincin perkahwinan dari dulu lagi. Sebabnya saya ini jenis yang pelupa dan cuai. Hari-hari pun saya akan bertukar aksesori mengikut fesyen untuk persembahan jadi bahaya untuk orang macam saya pakai cincin”
“Tapi ini tak bermakna pekahwinan saya dan suami ada masalah. Kami memang okay dan saling belajar dalam melayari kehidupan suami isteri,” jelasnya lagi.
Sumber : Rotikaya