‘Kenapa perlu berubah?’



Apabila bakal bergelar isteri, dramatis Sharifah Sakinah, 25, secara jujur akui ramai orang mengatakan dirinya akan berubah.
Status selebriti yang disandangnya menyebabkan orang mudah membuat tanggapan yang dia mesti berubah sikap. Apatah lagi dirinya sebelum ini dikenali sebagai artis gila-gila.
“Ingin saya tegaskan, kalau saya berubah sikap pun bukan kerana orang keliling yang suruh. Perkara itu berbangkit kerana terlalu banyak pandangan negatif mengenai saya sebelum ini.
“Perkahwinan bukan bermakna saya akan me­ngubah sikap dan perangai. Untuk apa saya berubah, sedangkan bakal suami mengenali diri dan menerima saya seadanya.
“Saya akan tetap menjadi Sharifah Sakinah yang dia dan semua orang kenal,” katanya.

Sumber : MyMetro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »