Sharifah Sakinah Mahu Rai Perkahwinan Bersama Keluarga



Minggu lalu, meriah betul dengan perkahwinan artis Malaysia antaranya Hanez Suraya, Fad Bocey dan juga Amir Raja Lawak. Kesemua mereka boleh menarik lafaz lega kerana majlis telah pun selesai. Dan kini mereka perlu menempuh alam rumah tangga pula. Semoga semuanya baik belaka. Kini giliran pelakon Sharifah Sakinah pula yang akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mac bertempat di Hotel Shangri – La.

Namun akad nikah antara Sakinah dan bakal suaminya, Aliff Adha, dilakukan tanpa liputan media. Sakinah mahu ia diadakan tanpa gangguan. Dia mahu detik-detik bersejarah itu dikongsi bersama ahli keluarga dan juga sahabat handai sahaja.

Menurut Sakinah, dia bukan tidak mahu berkongsi dengan media dan juga peminat, tetapi dia tidak mahu keadaan menjadi kelam kabut dan masa untuk bersama ahli keluarga akan kurang pada hari bersejarahnya itu. Seboleh-bolehnya Sakinah mahu masa itu hanya untuk keluarga dua belah pihak.

Tetapi itu tidak bermakna Sakinah melupai rakan media kerana pada 4 April, resepsi akan diakan di dewan Kementerian Pertahanan(MINDEP). Pada hari tersebut sememangnya rakan media akan diraikan bersama. Dalam pada itu walaupun berdebar menanti hari bahagia, Sakinah telah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Apa-apa pun selamat menumpuh alam rumahtangga buat Sakinah dan suami.

Sumber : EraFm

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »