Baru-baru ini, Tegar mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bekas pengurusnya, Arif Dollah, namun apa yang lebih mengejutkan apabila Rabu lalu, bekas pengurusnya itu turut didakwa meliwat penyanyi cilik dari Indonesia ini.
Mengakui terkejut dengan perkara tersebut, Arif akan melantik peguam untuk tindakan selanjutnya. Dakwaan meliwat tersebut telah dilaporkan oleh salah satu laman web Indonesia, Metrotvnews mengenai rentetan isu penderaan seksual terhadap Tegar.
“Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor, jika benar dia diliwat. Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu, sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.
“Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain?” soalnya seperti yang dilaporkan kebanyakan media tempatan Indonesia. Selain itu, Arif turut menjelaskan bahawa dakwaan mereka tinggal berdua adalah tidak benar kerana ada individu lain yang tinggal bersamanya.
“Di rumah itu, hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik. Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja,” katanya
Sumber : Rotikaya