Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Remuk Teruk




Pelakon dan pengacara Awal Ashaari terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi, Ahad.

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran kawasan rawat dan rehat (r & r) Ayer Keroh arah Selatan.

Awal yang juga pengacara Melodi itu dikatakan sedang dalam perjalanan ke tapak Jom Heboh di Stadium Hang Jebat, Melaka untuk mengendalikan siaran langsung program hiburan tersebut.



Wartawan Melodi, Zuan Azmi telah mengesahkan kemalangan itu dan telah memuat naik gambar kereta awal yang remuk teruk di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun menurut Zuan, Awal kini berada dalam keadaan selamat dan sedang menjalani rawatan di hospital.

"Alhamdulillah, Awal selamat...Kereta 'total lost'...Awal sedang menjalani pemeriksaan x-tray untuk mengesan jika dia mengalami kecederaan dalaman," katanya kepada Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »