Tiga Pelajar Maut Dirempuh Keretapi Akibat Selfie Ekstrem | Akibat ingin mengambil gambar selfie yang agak ekstrem untuk dimuat naik ke laman sosial, tiga pelajar kolej menemui ajal di landasan keretapi.
Kejadian yang berlaku di India itu menyebabkan Yakub, Iqbal dan Afzal…tiga pelajar dari negara itu terkorban. Mereka merupakan pelajar sebuah kolej dan masing-masing berumur dalam lingkungan usia 20-an.
Menurut seorang lagi pelajar yang terselamat, beliau bersama tiga rakannya yang lain itu sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melihat Taj Mahal. Mereka berempat turun dari kereta dan berjalan ke landasan untuk mengambil selfie yang dianggap ekstrem di atas landasan keretapi laju. Niat mereka hanya untuk memuat naik gambar selfie tersebut ke laman sosial.
Namun kata Aneesh yang ketika itu sedang mengambil gambar, rakan-rakannya tidak sempat mengelak keretapi yang sedang bergerak laju itu.
Tak pasal-pasal melayang nyawa hanya kerana hendak berselfie. Rasanya ini bukan kes pertama, ada beberapa lagi kes selfie ekstrem yang turut membawa padah.
Kepada kaki selfie di luar sana, pastikan kawasan sekeliling selamat sebelum anda berselfie.