Beberapa tahun lepas, Miera Liyana pernah mencipta kontroversi kerana penampilan seksi. pernah tampil dengan gaun yang menampakkan sebahagian payudara, mendedahkan hampir keseluruhan belakang badan, berseluar pendek mendedahkan paha dan terbaru kontroversi berbikini dalam filem Dendam Orang Mati.
Walaupun mempunyai bakat lakonan, ia dipandang sepi oleh masyarakat yang lebih berminat memperkatakan tentang penampilannya yang menjolok mata. Melalui Utusan Online, Miera mendakwa sudah buntu apa perlu dilakukan untuk mengambil hati peminat:
Tidak adil bagi seseorang artis yang pernah melakukan kesilapan untuk berterusan dilabel buruk sepanjang karier seninya.
Saya tidak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk meraih semula kepercayaan masyarakat. Bingung apabila masih ada pihak yang berterusan mengaitkan cerita lama.
Tambah Miera lagi, kerunsingannya bertambah apabila dianggap main-main dalam kerjaya:
Kalau tujuh tahun dulu sewaktu saya mula-mula menceburi bidang lakonan ini, memang saya dilihat seperti ‘main-main’.
Tapi sekarang, saya sudah lain. Sesuai peningkatan usia, pemikiran kita juga sudah bertambah matang. Sudah mampu menilai yang terbaik untuk masa depan.
Well, kami menyenaraikan di sini beberapa tindakan yang mungkin boleh memenangi hati peminat:
1) Banyakkan melakukan kerja amal. Mangsa banjir menanti anda
2) Kurangkan kenyataan yang tidak bijak seperti “kalau Fizz tengok saya berbikini pun tidak ada nafsu”
3) Tutupkah keseluruhan aurat anda. Sudah terbukti peminat suka dengan suatu seperti ini dan pasti menerima anda dengan tangan terbuka, cuma elakkan mengira kesalahan dan kekurangan artis lain pula bila dah berhijab.