Jaafar On bersumpah tak pernah guna sihir



Umum sedia maklum bahawa hujung minggu lepas Azwan Ali mendedahkan di Melodi dirinya disihir dan memberi beberapa hint seperti ‘bapok tua bernama J’.

Sejak dari pendedahan itu, ramai yang meneka selebriti berkenaan adalah Jaafar Onn. Malah, Azwan juga dikatakan ada memuat naik sekeping foto berserta gambar Jaafar Onn di Twitter sekaligus menguatkan lagi spekulasi berkenaan.



Terbaru, Jaafar Onn pula menafikan dirinya terlibat dengan aktiviti sihir menyihir dan memberitahu tiada kepentingan untuk dirinya berbuat begitu.




Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu. – mStar Online

Itu dia jawapan dari Jaafar Onn kalau ada antara kita yang berpendapat dia yang menyihir Azwan Ali. Kami pun dah pening dengan kes ni sebenarnya tapi hopefully semua akan kembali reda tak lama lagi.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »