Berakhir sudah penanti pasangan suami isteri popular pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim kerana mereka bakal bergelar papa dan mama tidak lama lagi.
Desas-desus mengenai Lisa,29, berbadan dua bermula sejak minggu lalu akhirnya telah disahkan sendiri oleh suaminya, Yusry Abdul Halim.
Perkara tersebut diumumkan Yusry,41, pada sidang media pelancaran filem trailer filem terbaharunya Cicakman 3 di GSC Pavilion di sini pada Rabu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan mengelak untuk berkongsi dengan lebih terperinci mengenai perkembangan baik itu.
"Alhamdulilah, saya sudah hamil itu sahaja yang saya boleh bagi komen, saya ikut petua orang-orang tua sebab ianya masih baru dan tak mahu heboh dan besar-besarkan," kata Lisa ketika ditanya wartawan mengenai perkara tersebut.
Lisa akui bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada dia dan suami.
“Saya masih lagi kurang sihat iaitu batuk-batuk dan tak sedap badan, tapi saya rasa kondisi badan saya ini hanya kebetulan dengan kehamilan saya ini," ujarnya.

Pasangan berkenaan akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 23 Februari depan.
Lisa Surihani memegang watak sebagai Linda untuk Cicakman 3 yang turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Fizz Fairuz.
Sumber: Portal Murai