Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal bergelar ibu bapa apabila teka-teki mengenai kehamilannya terjawab. Yusry tanpa berselindung telah mengesahkan kebenarannya gosip tersebut.
"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan ya, dia sudah mengandung. Cuma ia masih terlalu awal dan sebab itu kami tidak mahu kecoh," kata Yusry.
Tambahnya, meskipun pelbagai teori timbul berikutan gosip tersebut kononnya dia dan Lisa berdiam diri kerana terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV.
"Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama.
"Saya hanya ikut pandangan orang tua supaya tidak uar-uarkan hal ini kerana masih baru. Apa apapun terima kasih atas doa semua yang baik baik untuk saya," ujarnya yang mengakui tiada niat untuk berselindung.
Untuk makluman, pada 24 Februari ini, genaplah tiga tahun usia perkahwinannya dengan Lisa.
Tahniah diucapkan!
Sumber: BH Online