Malah, kalau anda memang pengikut setia drama itu, boleh dikatakan bahawa kisah pernikahan secara tertutup yang dilakukan oleh Elizad ini bagai sinonim dengan bait lagu ‘Rahsia’.
Kekasihku…
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini
Foto & Video Pernikahan Siti Elizad & Shamsul
Siti Elizad tampil membuat pengakuan dirinya sudah pun bernikah dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman
Selamat diijabkabulkan pada bulan 11 Januari yang lalu, Elizad sah bergelar isteri kepada Shamsul pada majlis pernikahan yang disempurnakan bapanya, Mohd Sharifuddin Baharuddin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM777, tujuh dulang hantaran dan berbalas sembilan dari pihak perempuan. Manakala, wang hantaran pula dirahsiakan.
“Saya memohon maaf kerana berahsia mengenai majlis pernikahan kami itu. Semuanya kerana menghormati permintaan keluarga terutama bapa yang kurang sihat dan uzur serta meminta supaya majlis pernikahan hanya untuk ahli keluarga terdekat saja.
Bapa saya tidak selesa dikerumuni ramai orang kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.” – Sumber My Metro
Apapun, kami mendoakan agar Elizad dan suami akan berbahagia sehingga akhir hayat. Tak sabar rasanya nak tengok foto resepsi mereka yang dijadualkan akan berlangsung hari ini. Tunggu!
Sumber : OhBulan