Eva Mendes bakal kembali dalam "Fast & Furious 8"



Pelakon Eva Mendes yang sudah sinonim dengan filem aski dan lasak kini bakal kembali membintangi filem box office iaitu Filem "Fast & Furious 8" yang bakal menyusul nanti.

Dalam Filem "2 Fast 2 Furious ", Eva membawakan wataknya sebagai Monica Fuentes untuk bergandingan dengan beberapa lagi watak utama seperti Paul Walker dan ramai lagi.

Untuk informasi, Filem "Fast & Furious 7" yang telah ditayangkan di seluruh pawagan seluruh dunia pada 1 April lalu telah berjaya memecahkan rekod kutipan 'box Office' paling tinggi iaitu sebanyak 1.4 Billion.

Walaupun filem itu masih ditayangkan di pawagam, namun perancangan untuk menerbitkan filem kelapan itu sudah pun mula tersebar meluas.

Universal Pictures yang bertindak selaku penerbit untuk francais filem ini dikatakan kini mengintai aktres Eva Mendes untuk kembali beraksi dalam "Fast & Furious 8" yang bakal menjalani penggambaran di New York dalam masa terdekat.




Dalam "Fast & Furious 8" nanti, Eva akan ditawarkan untuk membawa kembali wataknya dalam filem terdahulu sebagai Monica Fuentes. Namun begitu, keputusan muktamad dari Eva untuk menerima tawaran hebat ini belum diperolehi dan masih dalam proses perbincangan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »