Cinta Tiga Segi Antara Song Jihyo, Gary & Sung Si Kyung



Rancangan realiti popular Running Man minggu ini bakal menyaksikan hubungan cinta tiga segi antara pasangan Isnin Kang Gary, Song Jihyo bersama tetamu jemputan iaitu penyanyi Sung Si Kyung.

Kelakuan Sung Si Kyung dan Jihyo telah menarik minat Yoo Jae Suk di mana mereka berdua berinteraksi dengan mesra serta selesa bersama antara satu sama lain.

Malah, perbuatan mereka berdua juga membuatkan ahli-ahli Running Man yang lain tertanya-tanya mengenai hubungan mereka.

Yoo Jae Suk dengan sengaja mengusik Jihyo dengan berkata:

“Apa yang berlaku ni? Adakah kamu berdua bercinta sebenarnya? Bagaimana dengan Gary, adakah ini yang dinamakan cinta tiga segi?” katanya.

Selain Sung Si Kyung, seorang lagi tetamu jemputan ialah salah seorang peserta Ultimate Fighting Championship terkenal Korea, Kim Dong Hyun.

Di situ bermulalah pelbagai gelagat lucu host Running Man mengusik Jihyo sambil menyelesaikan misi-misi yang diberikan.

Di sini Astro Gempak Ingin berkongsi sedikit momen-momen menarik untuk episod 239 yang akan ditayangkan pada malam ini.

1. Pembukaan Running Man episod 239 yang epik.

Kalau Kwang Soo dan Ji Suk Jin bergabung memang tak boleh buat apa sebab memang perangai mereka berdua pelik. Ni belum si Haroro (HaHa) ikut sekali ni.



2. Kim Jong Kook si penyanyi berotot ahli sukan.

Salah seorang jemputan kali ini merupakan ahli sukan terkenal di Korea dan seeprti biasa siapa yang tidak kagum dengan badan 'Mr. Commander' yang tegap kan? Sekaligus Kim Dong Hyun melabelkan Jong Kook sebagai 'singer athlete' dan menetapkan Jong Kook sebagai sasaran utama.




Nak tahu apa berlaku seterusnya?

Jangan lupa saksikan program realiti Running Man pada setiap Jumaat, jam 11.50 malam secara eksklusif di One HD (saluran 393).

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »