Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu ? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan tempat paling misteri di Malaysia . Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai .
7 Tempat Paling Misteri Di Malaysia
Antara 7 tempat paling misteri di Malaysia ialah :
1 . Highland Towers
Highland Towers . Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat . Sebuah tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa . Hanya segelintir saja mayat yang di jumpai . Selebihnya masih terkubur di sana .
2 . Banglo Mona Fendi
Banglo yang pernah di diami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang bomoh . Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh , Pahang yang telah menggemparkan dunia .
3 . Kemayan City
Sebuah komplek membeli belah di Johor Bharu yang terbengkalai sejak sekian lama . Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus .
4 . Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini . Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa .
5 . Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu , Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa . Sejak dari saat itu , banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut .
6 . Amber Apartment
Sebuah apartment yang terletak di Genting Highland . Berkeadaan usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana . Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut , tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini . Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah . Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini .
7 . Malay College Kuala Kangsar( MCKK )
Terletak di Kuala Kangsar , Perak . Seperti Institusi St Michael , MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu . Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor . Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan .
Berikut la merupakan antara 7 tempat paling misteri di Malaysia .