Nikah Sabtu Ini, Romie Mahu Jadi Suami Terbaik Buat Hanez Suraya



Kekasih kepada pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Aidilha berharap akan menjadi suami terbaik buat aktres tersebut.

Romie juga mahu Hanez menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anak-anaknya selain berharap ikatan perkahwinan mereka berdua kekal hingga ke jannah.

Kata-kata itu diungkap Romie ketika berada di hadapan Eifel Tower, Paris semasa terbang ke kota tersebut untuk membeli barang-barang hantaran perkahwinan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik Berita Harian Online itu juga, Romie turut berjanji akan menjaga Hanez dengan baik selain mengharapkan rumahtangganya kali ini akan diberkati Allah S.W.T.

Romie dan Hanez akan bernikah pada Sabtu ini di Putrajaya sementara majlis resepi pula akan diadakan pada Ahad depan.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz telah mengikat tali pertunangan dengan Romie pada 3 Januari 2015 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Hanez di Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »