Diana Danielle cetus kontroversi dengan gambar berani mati!



Nama pelakon Diana Danielle menjadi panas pagi ini gara-gara foto berani matinya yang terpampang di majalah Esquire Malaysia.

Foto seksi Diana mula menjadi viral dan perkongsian di laman-laman sosial selepas blog Rotikaya menyiarkan tentang berita tersebut.

Diana tampil seksi dengan sehelai bendera negara Amerika Syarikat membaluti tubuhnya yang hanya mengenakan coli berwarna hitam dan seluar hitam.

Menerusi laporan blog tersebut, dalam keluaran terbaru Esquire Malaysia, Diana banyak bercerita mengenai karier dan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

Berikutan itu, Astro Gempak cuba untuk mendapatkan komen daripada Diana Danielle mengenai perkara tersebut tetapi gagal.

Pengurus Diana, Fadzil Zahari juga tidak memberikan sebarang reaksi ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada petang Isnin.

Sumber : AstroGempak

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »