Rania Marketing akan saman Azad, Eira



SYARIKAT jualan langsung, Rania Marketing Sdn. Bhd. (Rania Marketing) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelakon, Azad Jazmin dan isterinya, Eira Syazira kerana membuat fitnah ke atas syarikat tersebut.

Presidennya, Datuk Suhaimy Othman berkata, syarikatnya akan menyaman kedua-dua pelakon itu dan notis saman akan dihantar pada minggu depan.

“Syarikat akan ambil tindakan makhamah ke atas Azad da Eira kerana membuat fitnah dan tuduhan mengata Rania Marketing sebagai penipu. Saya sudah berbincang dengan peguam untuk saman mereka dan minggu depan notice of demand akan dierahkan kepada mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Suhaimy berkata, Azad dan Eira sebenarnya tidak memahami plan pemasaran sebaliknya menyalahkan syarikat.

“Dia yang menipu pada ahli bawahnya dengan mengatakan dengan sertai Rania Marketing boleh duduk diam dan dapat bonus. Rani Marketing bukan perniagaan skim cepat kaya dan kami adalah syarikat jualan langsung atau networking di mana kalau nak jana duit kena kerja dan berusaha.

“Dia yang tabur janji pada ahli bawahnya apabila sertai Rania Marketing tidak payah buat apa-apa dan kumpulan artis yang cari orang dan semua akan dapat bonus setiap bulan,” katanya.

Semalam, Eira dan Azad memberitahu mereka akan mengadakan sidang akhbar tergempar bagi menjelaskan kedudukan mereka dalam perniagaan Rania Marketing.

Sehari sebelum itu, Eira turut berkongsi beberapa video pendek dalam Instagram miliknya mengenai rungutan beberapa pelabur dalam perniagaan itu yang didakwa menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut.

“Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar,” katanya.

Menurut Eira, dia dan Azad yang juga ketua untuk perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu terpaksa bertindak demi menjaga kepentingan orang bawahannya.

“Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak mereka,” katanya.

Selain orang awam perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu juga turut disertai beberapa artis terkenal lain seperti Keith Foo dan Shaheizy Sam.–MalaysiaGazette

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »