Edah Hampir Tamat: Zain Ruffedge Tetap Usaha Pujuk Bekas Isteri



Zain Ruffedge yang kini aktif berlakon mendedahkan beliau masih lagi berusaha untuk memujuk bekas isterinya selepas berpisah pada November 2014 walaupun tempoh edah mereka berbaki dua minggu sahaja lagi.
Untuk pengetahuan anda, Zain dan bekas isteri masih lagi tinggal bersama dan menanggap tempoh edah adalah masa terbaik untuk memperbaiki hubungan yang telah retak.


Isya-Allah saya minta doakan kami untuk kembali rujuk dan buat masa ini kami masih lagi tinggal bersama. Sebelum tempoh edah habis lagi dua minggu saya tak berani untuk cakap apa-apa.
Mungkin orang lain bercerai terus membawa haluan masing-masing, tetapi bagi saya tempoh edah adalah masa terbaik untuk kita perbaiki hubungan.
Hubungan Zain dan bekas isterinya mula bergolak pada awal tahun 2014 dan sudah menjalani beberapa sesi kaunseling sebelum membuat keputusan untuk berpisah secara baik pada tanggal 13 November 2014.
Ia merupakan dugaan paling besar dalam kehidupan Zain apabila pada masa yang sama bapa tersayang meninggal dunia hanya selepas 5 hari beliau bercerai.
Buat masa ini, Zain sering meminta nasihat daripada rakan baik beliau terutama sekali Sein Ruffedge yang sebelum ini pernah bercerai dengan isterinya Nana dan kembali rujuk sekitar tahun 2011.
Zain dan Khazmira Anuar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langar pada 13 November 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Arriana Rani yang kini berusia 6 tahun.
Masalah kahwin cerai dan merujuk semula bukan perkara kecil. Kasih sayang serta hati yang sudah rapuh bukan mudah untuk dirawat. Namun, jika masing-masing setuju untuk berubah dan belajar dari kesilapan lalu, tidak salah untuk bersatu semula. Inshaallah.
Sumber Berita: mStar Online

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »