Video seorang lelaki memarahi pasangan muda berdurasi 2 minit 17 saat di dalam kedai serbaneka, 7 Eleven ini tersebar di laman sosial.
Difahamkan, lelaki di dalam video tersebut adalah warganegara Nepal yang bekerja di Malaysia. Manakala pasangannya pula gadis Melayu berasal dari Kelantan, bekerja di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang.
Menurut pengadu, pasangan terbabit dilihat bercium dan berpelukan di luar kedai tempat kejadian.
Melihat tindakan yang tidak sopan itu, lalu dia menegur pasangan terbabit. Namun tidak diendahkan menyebabkan dia merakam dan menegur pasangan berkenaan.
Berdasarkan video, lelaki terbabit menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar berkawan dan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun, pengadu memberikan amaran keras kepada lelaki itu agar tidak bermain cinta dengan wanita tempatan.
"Kau jangan kurang ajar tau. Ini Malaysia tau. Kau datang sini, kacau perempuan Malaysia. Sekali lagi aku nampak, mati korang. Sini kitorang punya geng ramai tau. Lu orang warga asing tau, orang luar. Lu tak tahu orang sini macam mana, orang Melayu macam mana. Sekali lagi nampak, angkat pergi balai polis," kata pengadu.
Gadis itu menjelaskan bahawa hubungan mereka itu diketahui oleh ibu bapanya.
"Mak kau tu bodoh! Bagi bercinta dengan orang asing buat apa??" katanya lagi.
Malangnya, netizen mengkritik tindakan pengadu yang bercakap besar serta menghina agama Hindu.
"Bodoh! Kalau tegur, tegur baik-baik, kenapa nak ungkit Hindu minum arak?" kata Karthikeyan Ramasamy.
"Amboi yang tukang sound ni pun. Sembang jangan tinggi sangat. Bahasa itu jagalah sikit. Tak payahlah sampai panggil mak orang lain bodoh. Pasal dia peluk cium itu, kalau benda itu betul memang la patut kena tegur," kata Muhammad Husaini.