BIADAP! MINTA KENA GOSOK DULU BARU BERI BANTUAN KEPADA IBU MUDA

Georgetown: “Akak nak bantuan kan, boleh tak ikut cakap saya, lepas akak ikut cakap saya, saya masukkan duit dalam bank akaklah. Kalau nak anak cepat sembuhkan, akak buatlah apa yang saya nak bolehkan, nanti akak siap buat, saya masukkan duit dalam bank akak.



“Akak gosok...tu bolehkan atau akak nak tengok anak menderita sampai bila-bila.” Itulah antara mesej biadab diterima ibu Muhammad Harith Aist Qusairi Mohamad Helmi, 15 bulan, yang menghidap sakit kekejangan otot dan lumpuh atau dikenali Hypoxic-Ischemic Encephalopathy (HIE), semalam.

Nor Hasmilia Abu Seman, 25, berkata, dia kecewa selepas menerima mesej pesanan ringkas (SMS) daripada seorang individu tidak dikenali yang menyatakan mahu membantu tetapi meminta dia melakukan perbuatan tidak senonoh.







“Saya tidak menyangka ada individu yang tergamak hantar SMS begini sedangkan kami hanya mohon bantuan atau sekurang-kurangnya doa orang ramai.

“Bimbang dengan SMS itu, saya dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) tengah hari tadi (semalam), ” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.sumber

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »