Zahid Hamidi Nafi Keluar Kenyataan Akan Tutup Semua Laman Sosial



Berikutan satu berita viral yang mendakwa akan menutup semua laman sosial, Timbalan Perdana Menteri yang baharu, Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan perkara tersebut.

Penafian itu dibuat oleh beliau di laman Twitter rasmi miliknya, @Zahid_Hamidi.

"Saya tidak pernah keluarkan kenyataan berikut. #DSZH ", tulis beliau di tweet tersebut.



Berita viral tersebut diterbitkan oleh blog harianmetro.org dengan tajuk "TPM BARU LULUSKAN UNTUK TUTUP SEMUA LAMAN SOSIAL SELASA INI"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »