WAJAH TERKINI NIK FARIZ, PELAKON DRAMA CILI PADI



Nik Fariz ketika membintangi Drama Cili Padi pada Tahun 1993

Nik Fariz Nik Fadzil memang terkenal dengan wataknya sebagai Shafik dalam drama bersiri remaja, Cili Padi yang disiarkan pada tahun 1993.

Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satu memang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanak sebagai pelakon utama. Antara barisan pelakon rancangan ini adalah Melissa Saila, Tam Suhaimi (Salim), Anne Ngasri(Lili) dan Jaafar Onn(Cikgu Jaafar).

Tentu ramai yang masih ingat dengan gelagat dan kenakalan Shafik, kanak-kanak tembam dan gempal yang sering menimbulkan kekecohan. Ketika membintangi drama itu, Nik Fariz baru berusia 10 tahun.

22 tahun masa berlalu.. Wajah terbaru Nik Fariz Nik Fadzil ini betul-betul membuatkan anda berkata 'WOW'!!!

Inilah wajah terbarunya..



Pantas benar masa berlalu... sekarang, dia telah menjangkau usia 32 tahun meniti kebahagiaan bersama isterinya, Khairun Nisa Abdul Halim. Dia juga sudah bergelar bapa kepada puteri sulungnya, Nik Zara Ariana 5 tahun.



Walaupun kini tidak berlakon lagi, namun kelibat Nik Fariz di satu-satu tempat masih menggamit memori para peminat drama bersiri itu.

"Kadang-kadang saya malu juga apabila sedang bekerja ada yang memanggil Shafik budak comel. Shafik budak tembam, Shafik Cili Padi.

"Kadang-kadang ada juga yang bertanya kenapa saya tidak berlakon lagi...? Sebagai menghormati dan menghargai perhatian mereka, saya hanya mampu melemparkan senyuman sebab saya sudah tutup diari sebagai pelakon," katanya yang juga bekas pelajar Malaysian France Institute dalam bidang automotion.



Dua tahun belajar di institut yang terletak di Bangi, Selangor, Nik Fariz belajar mengenai robotik di samping kemahirannya dalam bidang fotografi.

Dengan kemahiran yang ada, Nik Fariz lebih banyak melakukan kerja sendiri..

"Saya banyak melakukan kerja sendiri. Mungkin sudah menjadi tradisi keluarga kami yang tidak boleh bekerja di bawah orang lain," - kata Nik Fariz.

Kepakarannya dalam bidang fotografi dan komputer banyak membantu Nik Fariz menambah pendapatan untuk menyara keluarga. Walaupun pendapatannya tidak tetap tetapi itulah rezeki namanya kerana kepakaran Nik Fariz dan minatnya pada bidang fotografi menjadikannya begitu sibuk terutama setiap hujung minggu.

"Jika tidak ada tugas saya lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama Nik Zara apabila ibunya di sekolah.

"Sesekali terserempak dengan orang filem, memang ada yang mahu menawarkan saya berlakon tetapi saya sudah tutup diari".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »